Monday, 24 December 2012

Urban Planning @ Town Planning


Assalamualaikum wbt :D

Kali ni aku nak ceritakan pasal TOWN PLANNING ataupun URBAN PLANNING. Sebelum daftar UPU untuk masuk ke universiti, mesti korang akan ternampak satu kursus yang dinamakan PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH. Kalau korang tanya adik korang ke, anak buah korang ke, budak-budak tadika, apa cita-cita mereka. Kalau mereka menjawab "Saya nak menjadi seorang perancang bandar". Aku nak korang tabik hormat kat budak yang jawab macam ni. :D Ini kerana jika ditanyakan kepada kanak-kanak apakah cita-cita mereka, mereka akan menjawab "Cita-cita saya nak jadi Arkitek/Doktor/Polis/Tentera/Engineer/Ahli Perniagaan/Ahli Politik/Perdana Menteri/Penyanyi/Pelakon/Juruterbang/Peguam/Akauntan..."

Jarang budak-budak mengatakan cita-cita mereka mahu menjadi seorang Jururancang Bandar, Juruukur Tanah, Juruukur Bahan. Jikalau budak-budak tersebut menyatakan cita-citanya nak jadi seperti yang diatas, mesti ada sesuatu yang tidak kena pada budak tersebut. HAHA.

Pada tahun 2007, pabila aku habis SPM, aku pun daftar UPU, amik kursus DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH. Korang ingat senang ke nak masuk kursus ni? Ada temuduga tau. Panel temuduga nak uji dari segi korang melukis dan percakapan korang. Ha, aku ni dah la tak tahu melukis bagai ni sebab aku masa sekolah menengah dahulu merupakan aliran Akaun. Kalau bab mengira, aku mahir lah, tapi kalau bab melukis, kalau nak lukis muka orang, mesti jadi bas sekolah. :D Berkat doa mak aku, aku berjaya menamatkan Diploma aku dan kini aku berada di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda jurusan yang sama.

Aku hampir melarut dari tujuan asal aku, aku nak tulis tentang SIFAT YANG PERLU ADA SEBAGAI SEORANG JURURANCANG BANDAR. Entry ini khas ditujukan kepada adik-adik yang baru nak daftar jurusan PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH. :D

Pertama sekali sifat yang perlu ada sebagai seorang jururancang adalah:
1. Tawakal kepada Tuhan.
Bagi yang beragama islam, kita percaya bahawa segala apa yang terjadi adalah sudah ketentuan Allah. Jadi yang baik adalah semua daripada NYA. :D Baiklah, nanti apabila korang bekerja sebagai seorang jururancang, korang akan deal dengan Arkitek, Pengurus Projek, Klient, Pihak Berkuasa Tempatan, dsb. Korang kena tawakal sebab kemungkinan korang akann dihentam oleh mereka-mereka ini kerana sebelum memulakan sesuatu pembangunan, perkara pertama yang akan dipohon adalah KEBENARAN MERANCANG. Apa-apa hal, korang yang kena. :D

2. Sembang kencang.
Sembang kencang ni bukan lah cakap kosong dan menipu. korang kena sembang kencang dan berhujah dengan fakta yang betul. Dengan cara ini, klient akan lebih berminat untuk dengar idea-idea korang yang bernas dan disamping itu, kemungkinan korang untuk mendapat projek adalah tinggi.

3. Berani bersuara
Berani bersuara ni berani untuk menyatakan pendapat korang sebagai jururancang.
Pemaju punya akal ni, kalau ada 1 ekar tanah, 1 ekar tu dia nak buat bangunan jer. Dia tak fikir pasal Kawasan Hijau, Dia tak fikir pasal aksess (Jalan), Dia tak fikir pasal kemudahan seperti TNB, Tangki Air, Loji Rawatan Kumbahan, Tempat Pelupusan sampah, dan sebagainya. Ini merupakan yugan jururancang bandar untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini.  "Planner Create Space" ini merupakan tugas asas seorang jururancang iaitu mencipta ruang. :)

4. Mempunyai Skill
Skill bukan sahaja skill korang menggunakan perisian seperti AutoCAD, Mapinfo, Adobe, 3D Max, dan sebagainya. Ianya juga merangkumi "soft skill". Soft skill merupakan skill yang tidak semua orang ada. Sebagai contoh sekiranya seorang jururancang itu mahir buat pelan tatatur, tetapi bila tiba utnuk present, tiba-tiba dia gemuruh dan menggigil. Ini juga tidak memberikan kejayaan kepada seseorang jururancang tersebut.

5. Merancang demi Agama dan bangsa.
Apabila korang menjadi seorang jururancang sama ada di pihak swasta, ataupu di pihak kerajaan, ketahuilah apa yang dirancang oleh korang pasti akan disoal kelak. Perancangan yang baik adalah perancangan yang berlandaskan islam. sebagai contoh, surau perlu ada pada setiap unit kejiranan yang korang buat. Kedudukan pintu rumah perlulah terlindung dari jalan utama, ini adalah untuk menjada hijab pemilik rumah. Kemudian, mesti kene ingat melayu. Ini kerana orang melayu tak mampu untuk beli rumah bunglow ataupun rumah bekembar. Sebagai seorang jururancang, korang hendaklah bersikap sama rata iaitu meletakkan juga kemudahan untuk rumah yang kos rendah. :)

HAHA. Ini hanyalah pendapat aku sahaja. Bye~

Baiklah, disini aku ada nak selitkan beberapa gambar kelas aku. :)



Gambar ni semasa semester 1. DTRP 1A :)


Gambar semester 3. Site: Melaka :D



Ini hasil kerja semester 4. Nampak tak bertapa besarnya kertas kat belakang tu. Rindu kakak-kakak saya. Kak Pza & Kak Nosya :D

Atas dari kiri: Zairi & Khalil. Bawah dari kiri: Raja, Yunus, & Ajwad. Yang tiada dalam gambar: Farid & Acong :)

Tiba-tiba aku jadi sebak bila aku cari-cari balik gambar semasa Diploma ni. Sangat rindukan zaman Diploma. :')

No comments:

Post a Comment