Monday, 24 December 2012

Tahu ke tak?


Hai korang. :D

Kali ni aku nak tambahkan ilmu pengetahuan korang sikit. HUHU. Aku pun tak berilmu, tetapi kita kongsi-kongsi lah. Manalah tahu tiba-tiba ilmu ni berguna pada suatu hari kelak kan? Wallahualam :D

1. Korang tahu tak hujung tali kasut yang plastik tu nama dia "aglet"?

Aglets :D

2. Adakalanya perut korang mesti pernah berbunyi kan. Bila berbunyi korang akan ckp yang korang lapar kan. HEHE. Sebenarnya, bunyi tu nama dia "Borborygmus". :D


Borborygmus :D

3. Korang mesti pernah pakai pensil yang ada pemadam kat atasnya kan?? Korang perasan tak yang ada macam besi yang mencamtumkan pensil dan juga pemadam tu. Ha, korang tau tak apa nama besi tu? Hehe. Siapa ambil tahu kan? Nama besi tu adalah "Ferrule" :)


Ferrule :)

4. Korang pernah tengok kartun kan? haha. Mestilah pernah. Pernah tak korang tengok perkataan macam ni @#$%&? Ha, perkataan ini dinamakan "Grawlix" :)


Grawlix :D

5. Korang pernah tak ambil tahu apakah nama pada bahagian tali pinggang yang bertindih dibahagian hadapan tu? Ha, namanya "Keeper"

Keeper :)

6. Perasan tak kalau manusai normal, pasti ada lekuk diatas bibir dan dibawah hidung? Kalau manusia normal, pasti ada lekuk tu dan manusia normal juga tidak ambil tahu apakah namanya. HAHA. Namanya adalah "Philtrum" :D


Philtrum :D

7. Cuba korang pejam mata kuat-kuat. Apakah yang korang nampak? Mesti korang nampak cahaya warna putih atau pun titik-titik kan? Ha, ianya dipanggil "Phosphenes"

Phosphenes :D



8. Pernah tengok dadu? Jangan ingat ianya semudah itu, tahu tak apa nama titik-titik dari satu sehingga enam tu? haa.. tak tahu kan? hahaha Namanya adalah "Pips" :D

Pips

9. Cuba tengok jari tangan korang. Tengok ibu jari dan juga jari telunjuk, ada kulit yang lembut dan nipis kan? Kalau korang nak tahu, namanya adalah "Waddle" :D

Waddle :D

10. Apabila selepas hujan, pergi taman permainan. Ada semacam bau harum yang segar kan? "Petrichor" nama nya :D

Petrichor :D


Baiklah, ini merupakan beberapa perkara yang diantara kita yang terlepas pandang dalam kehidupan. :D aku pun tak pandai sangat, kalau ada salah, tolong tegur aku ye. Aku pun ambil dari pelbagai sumber. :D


No comments:

Post a Comment