Monday, 24 December 2012

Tahu ke tak?


Hai korang. :D

Kali ni aku nak tambahkan ilmu pengetahuan korang sikit. HUHU. Aku pun tak berilmu, tetapi kita kongsi-kongsi lah. Manalah tahu tiba-tiba ilmu ni berguna pada suatu hari kelak kan? Wallahualam :D

1. Korang tahu tak hujung tali kasut yang plastik tu nama dia "aglet"?

Aglets :D

2. Adakalanya perut korang mesti pernah berbunyi kan. Bila berbunyi korang akan ckp yang korang lapar kan. HEHE. Sebenarnya, bunyi tu nama dia "Borborygmus". :D


Borborygmus :D

3. Korang mesti pernah pakai pensil yang ada pemadam kat atasnya kan?? Korang perasan tak yang ada macam besi yang mencamtumkan pensil dan juga pemadam tu. Ha, korang tau tak apa nama besi tu? Hehe. Siapa ambil tahu kan? Nama besi tu adalah "Ferrule" :)


Ferrule :)

4. Korang pernah tengok kartun kan? haha. Mestilah pernah. Pernah tak korang tengok perkataan macam ni @#$%&? Ha, perkataan ini dinamakan "Grawlix" :)


Grawlix :D

5. Korang pernah tak ambil tahu apakah nama pada bahagian tali pinggang yang bertindih dibahagian hadapan tu? Ha, namanya "Keeper"

Keeper :)

6. Perasan tak kalau manusai normal, pasti ada lekuk diatas bibir dan dibawah hidung? Kalau manusia normal, pasti ada lekuk tu dan manusia normal juga tidak ambil tahu apakah namanya. HAHA. Namanya adalah "Philtrum" :D


Philtrum :D

7. Cuba korang pejam mata kuat-kuat. Apakah yang korang nampak? Mesti korang nampak cahaya warna putih atau pun titik-titik kan? Ha, ianya dipanggil "Phosphenes"

Phosphenes :D



8. Pernah tengok dadu? Jangan ingat ianya semudah itu, tahu tak apa nama titik-titik dari satu sehingga enam tu? haa.. tak tahu kan? hahaha Namanya adalah "Pips" :D

Pips

9. Cuba tengok jari tangan korang. Tengok ibu jari dan juga jari telunjuk, ada kulit yang lembut dan nipis kan? Kalau korang nak tahu, namanya adalah "Waddle" :D

Waddle :D

10. Apabila selepas hujan, pergi taman permainan. Ada semacam bau harum yang segar kan? "Petrichor" nama nya :D

Petrichor :D


Baiklah, ini merupakan beberapa perkara yang diantara kita yang terlepas pandang dalam kehidupan. :D aku pun tak pandai sangat, kalau ada salah, tolong tegur aku ye. Aku pun ambil dari pelbagai sumber. :D


Urban Planning @ Town Planning


Assalamualaikum wbt :D

Kali ni aku nak ceritakan pasal TOWN PLANNING ataupun URBAN PLANNING. Sebelum daftar UPU untuk masuk ke universiti, mesti korang akan ternampak satu kursus yang dinamakan PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH. Kalau korang tanya adik korang ke, anak buah korang ke, budak-budak tadika, apa cita-cita mereka. Kalau mereka menjawab "Saya nak menjadi seorang perancang bandar". Aku nak korang tabik hormat kat budak yang jawab macam ni. :D Ini kerana jika ditanyakan kepada kanak-kanak apakah cita-cita mereka, mereka akan menjawab "Cita-cita saya nak jadi Arkitek/Doktor/Polis/Tentera/Engineer/Ahli Perniagaan/Ahli Politik/Perdana Menteri/Penyanyi/Pelakon/Juruterbang/Peguam/Akauntan..."

Jarang budak-budak mengatakan cita-cita mereka mahu menjadi seorang Jururancang Bandar, Juruukur Tanah, Juruukur Bahan. Jikalau budak-budak tersebut menyatakan cita-citanya nak jadi seperti yang diatas, mesti ada sesuatu yang tidak kena pada budak tersebut. HAHA.

Pada tahun 2007, pabila aku habis SPM, aku pun daftar UPU, amik kursus DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH. Korang ingat senang ke nak masuk kursus ni? Ada temuduga tau. Panel temuduga nak uji dari segi korang melukis dan percakapan korang. Ha, aku ni dah la tak tahu melukis bagai ni sebab aku masa sekolah menengah dahulu merupakan aliran Akaun. Kalau bab mengira, aku mahir lah, tapi kalau bab melukis, kalau nak lukis muka orang, mesti jadi bas sekolah. :D Berkat doa mak aku, aku berjaya menamatkan Diploma aku dan kini aku berada di tahun akhir Ijazah Sarjana Muda jurusan yang sama.

Aku hampir melarut dari tujuan asal aku, aku nak tulis tentang SIFAT YANG PERLU ADA SEBAGAI SEORANG JURURANCANG BANDAR. Entry ini khas ditujukan kepada adik-adik yang baru nak daftar jurusan PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH. :D

Pertama sekali sifat yang perlu ada sebagai seorang jururancang adalah:
1. Tawakal kepada Tuhan.
Bagi yang beragama islam, kita percaya bahawa segala apa yang terjadi adalah sudah ketentuan Allah. Jadi yang baik adalah semua daripada NYA. :D Baiklah, nanti apabila korang bekerja sebagai seorang jururancang, korang akan deal dengan Arkitek, Pengurus Projek, Klient, Pihak Berkuasa Tempatan, dsb. Korang kena tawakal sebab kemungkinan korang akann dihentam oleh mereka-mereka ini kerana sebelum memulakan sesuatu pembangunan, perkara pertama yang akan dipohon adalah KEBENARAN MERANCANG. Apa-apa hal, korang yang kena. :D

2. Sembang kencang.
Sembang kencang ni bukan lah cakap kosong dan menipu. korang kena sembang kencang dan berhujah dengan fakta yang betul. Dengan cara ini, klient akan lebih berminat untuk dengar idea-idea korang yang bernas dan disamping itu, kemungkinan korang untuk mendapat projek adalah tinggi.

3. Berani bersuara
Berani bersuara ni berani untuk menyatakan pendapat korang sebagai jururancang.
Pemaju punya akal ni, kalau ada 1 ekar tanah, 1 ekar tu dia nak buat bangunan jer. Dia tak fikir pasal Kawasan Hijau, Dia tak fikir pasal aksess (Jalan), Dia tak fikir pasal kemudahan seperti TNB, Tangki Air, Loji Rawatan Kumbahan, Tempat Pelupusan sampah, dan sebagainya. Ini merupakan yugan jururancang bandar untuk menyediakan kemudahan-kemudahan seperti ini.  "Planner Create Space" ini merupakan tugas asas seorang jururancang iaitu mencipta ruang. :)

4. Mempunyai Skill
Skill bukan sahaja skill korang menggunakan perisian seperti AutoCAD, Mapinfo, Adobe, 3D Max, dan sebagainya. Ianya juga merangkumi "soft skill". Soft skill merupakan skill yang tidak semua orang ada. Sebagai contoh sekiranya seorang jururancang itu mahir buat pelan tatatur, tetapi bila tiba utnuk present, tiba-tiba dia gemuruh dan menggigil. Ini juga tidak memberikan kejayaan kepada seseorang jururancang tersebut.

5. Merancang demi Agama dan bangsa.
Apabila korang menjadi seorang jururancang sama ada di pihak swasta, ataupu di pihak kerajaan, ketahuilah apa yang dirancang oleh korang pasti akan disoal kelak. Perancangan yang baik adalah perancangan yang berlandaskan islam. sebagai contoh, surau perlu ada pada setiap unit kejiranan yang korang buat. Kedudukan pintu rumah perlulah terlindung dari jalan utama, ini adalah untuk menjada hijab pemilik rumah. Kemudian, mesti kene ingat melayu. Ini kerana orang melayu tak mampu untuk beli rumah bunglow ataupun rumah bekembar. Sebagai seorang jururancang, korang hendaklah bersikap sama rata iaitu meletakkan juga kemudahan untuk rumah yang kos rendah. :)

HAHA. Ini hanyalah pendapat aku sahaja. Bye~

Baiklah, disini aku ada nak selitkan beberapa gambar kelas aku. :)



Gambar ni semasa semester 1. DTRP 1A :)


Gambar semester 3. Site: Melaka :D



Ini hasil kerja semester 4. Nampak tak bertapa besarnya kertas kat belakang tu. Rindu kakak-kakak saya. Kak Pza & Kak Nosya :D

Atas dari kiri: Zairi & Khalil. Bawah dari kiri: Raja, Yunus, & Ajwad. Yang tiada dalam gambar: Farid & Acong :)

Tiba-tiba aku jadi sebak bila aku cari-cari balik gambar semasa Diploma ni. Sangat rindukan zaman Diploma. :')

Tuesday, 4 December 2012

MAT REMPIT feat. MAT MOTOR

Hoi! :p Dahulu pernah heboh satu Malaysia ni pasal kes MAT REMPIT kan? Sehinggakan segelintir daripada kita menggelar para budak-budak rempit ni sebagai SAMSENG JALANAN! SAMPAH MASYARAKAT! Wahai kawan-kawan yang saya sayangi sekalian, DALAM SETANDAN PISANG, TIDAK SEMUANYA BUSUK!. Jangan kerana kalian MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR! Kita kalau hendak menilai seseorang itu bukan dari perangai dia, tapi nilailah ia melalui amalannya. :)

Amacam intro aku? Sedap tak? :D

Hehe. Aku bukannya apa, kawan-kawan aku kebanyakannya daripada golongan bermotor-motor ini. Motorbot tak termasuk ok! Jadi, kalau diorang kena, aku pun termasuk juga lah. :) Aku dari darjah 5 dah belajar naik moto Honda Ex-5 bapak aku punya. No pendaftaran dia WJV ape ntah nombornya, aku dah lupa. :p
Masa ni minyak motor isi dua ringgit pun dah nak penuh tangki motor tu. Sekarang ni cuba kau isi RM2 kat tangki moto kau, haram naik setakuk je minyak. :)

22 - 11 = 11. Haa sebelas tahun aku terjebak dalam dunia motor ni tau. 7 kali jatuh ;p
Rata-rata masyarakat tidak mengerti ataupun memahami apakah itu yang dimaksudkan dengan Mat Rempit dan juga Mat Motor. Ha, aku akan terangkan ye :)

Ini merupakan motor kepunyaan MAT REMPIT ~~>
Honda Ex-5

Ini pula motor kepunyaan MAT MOTOR ~~>
Honda Ex-5


Mesti korang ingat aku salah post kan? HAHA. Sebenarnya perbezaan motor mereka tidak banyak terletak pada bahagian badan motor mereka, tetapi lebih kepada enjin motor mereka dan cara mereka menunggang. :) Biasanya Mat Rempit akan mengubahsuai enjin motor mereka supaya habis meter. Ha, da keluar dah bahasa rempit. HAHA. Tetapi Mat Motor hanya "make-up" pada bahagian badan motor mereka sahaja dan membiarkan keadaan enjin seperti asal. :)

Kawan aku pernah merungkai apakah maksud MAT REMPIT! Mati Atas Tar (MAT) R____ E____ M_____ P_____ I_____ T______ (REMPIT) *Maksud REMPIT tak boleh disebarkan kepada umum. ;)

Ini kesah aku pula dalam dunia Motor ni. :)


Logo kumpulan yang aku sertai.

Ini pula kad sebagai ahli.

BMC tu yang aku diberitahu adalah singkatan bagi BROTHERHOOD MOTOR CLUB. :) 
Nombor yang 383 tu merupakan nombor ahli. Kiranya aku merupakan orang yang ke 383 sertai kumpulan ini. :) Kalau nampak nombor lagi kurang dari 383 maknanya dia lagi lama la dari aku. :)

Satu sekolah :)

Gambar diatas merupakan gambar aku dan kawan-kawan sekolah aku. Kami sebaya. hehe. Seperti yang korang tengok, geng-geng aku ada yang macam Hip Hop, ada yang berbaju melayu, ada yang biasa-biasa. Pelbagai genre kawan aku. HAHA. Setiap orang mempunyai kisah yang tersendiri. hehe. *AL-FATIHAH untuk sahabat aku Muhd Amiruddin Bin Ahmad (Baju turquoise, dua dari kanan) kerana terlebih dahulu di jemput oleh Illahi*

Masa ni tengah lepak dekat Taman Metropolitan Kepong. Poyo-poyo je bila tengok balik gambar ni. HAHA.


Barang-barang yang aku kumpul guna duit sekolah. :p


Sudah bersedia untuk merempit ;p


HEHE. Syarat nak jadi rempit ni sedikit sahaja. Berikut merupakan syarat yang perlu ada:
1. Berani
2. Skill

Ok bye! :D