Sunday, 25 November 2012

Typo

Hai korang ;)

Korang mesti pernah tersalah cakap kan? Mesti pernah tersalah dengar kan? Okay, aku nak cakap pasal tersalah taip atau lebih dikenali sebagai typo. Tengok tajuk pun aku dapat bayangkan yang sesetengah dari korang dah senyum nampak gigi dah. ;3 Nama asal typo ni adalah Typing Error, ha gitchu, english chuolss. #komampu? hehe. Dapat kat warga Malaysia ni, nama dia pun kene tukar lah jadi typo. :D

Baiklah, dalam hidup aku, aku pun pernah ter-typo dan juga orang lain pun pernah ter-typo dekat aku. Aku nak bagitahu jenis-jenis typo yang aku pernah terima. Berdasarkan kajian yang aku jalankan sendiri, terdapat beberapa jenis typo yang melanda dan kian menular dalam kalangan masyarakat kita pada abad ini. :D

1 ~>  SALAH TAIP.
Perkara paling koman pabila tiap kali SMS/BBM/WHATSAPP/VIBER. Aku memang cukup pantang kalau orang tersalah taip kat aku, memang aku bahan gila-gila. Tapi kalau aku yang salah taip? Oh, itu takpa. :D

Kes ni aku rasa dia boleh dimaafkan lagi sebab dia sempat betulkan ayat dia sebelum aku reply. HAHA.  ;D

Okay, ini merupakan satu kesalah typo yang agak kelakar. HAHA. Konfiden ni ha KUCONG. hahaha. 

Siapa kenal FARID KANIL? HAHA. Ni pelakon ke apa ni? Penternak unta gamaknya? HAHAHA 

Ni pun kelakar juga. Nasi jadi NASU. HAHA. Boleh la boleh la. HAHAHA

Sebab ni typo junior aku, jadi tiada maaf bagi mu. HAHA. SESEKALO pun boleh kan Din? HAHA :P

Cakap tentang masakan, tetiba masuk bab BOLA? HAHA. Siapa nak makan  BOLA 3 RASA? :D

ANJING boleh jadi ANJANG? Walhal huruf I dengan huruf A tu jauh kot -.-" Dah kena bahan pun dia buat tak tahu. Memang kental!! -.- By the way, ini Facebook kawan sekelas aku :)


2 ~>  SALAH HANTAR.
Haa, ini merupakan kes yang paling berat dalam semua jenis typo. Sampai aku mati pun aku tak akan lupa. HAHA. *By The Way, kalau salah hantar, adakah ianya dianggap typo?* AH! ADA AKU KESAH? HAHA :D


HAHA ini senior aku punya typo. Ade ke dia panggil aku Anas? Aku da siap jawab salam die tu! Alahai akak :D 

Ha, ini typo paling legend dalam semua jenis typo yang ada dalam  Malaysia  ni. HAHA. Kes ni junior aku yang tetiba hantar gambar kat aku. Haa #komampu? HAHA. Pada firasat aku la kan, nama crush dia pun start dgn Z. Zawayie mugkin? *I dunno* :D




3. ~> SALAH MAKSUD
HAHA. Ni pun aku masukkan juga dalam typo. GASAK!!




Apesal ntah aku tak boleh nak caption gambar ni? -.-" 
Okay, ni kesnya dia cakap dari kecik cakap bahasa melayu, tapi cakap sweet sebagai cuweet. Ha, itulah maksud dia. HAHA. Bila masa "SWEET" tu Bahasa Melayu dik non oi? HAHA. ZASSS ;P


Walau apa pun, Bak kata junior aku bahawa typo itu comel. Tang mana comelnya pun aku tak dapat nak ukur. Tapi kalau tahap kelakarnya, aku boleh ukur. HAHA. Kalau ada kawan-korang yang selalu typo tu, buat-buat tak nampak je la. HAHA. Akhir kata, KORANG BOLEH TYPO, TAPI JANGAN TYPO DENGAN AKU. Buruk padahnya. :P

K, Bye ;)

No comments:

Post a Comment