Friday, 23 November 2012

Kenapa? Kenapa? Kenapa Aloy?

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. hehe. :D

sebelum ada apa-apa dalam blog ni, mesti korang tertanya-tanya kenapa blog aku ni dinamakan ALOY? Haa.. warna merah gitchu~ hehe.. Baiklah, nak dijadikan cerita, budak yang dibawah ini lah si Aloy tu ~>



(Maaf lah ye, tiada gambar yang tak menangis, menangis medang bak kata mak aku) 

Budak ni lah si Aloy tu ye :D biarlah aku cerita sedikit pasal latar belakang budak ni. Nama Aloy tu sebenarnya nenek dia yang bagi. Nenek dia yang panggil dia aloy. Lepas tu, saudara-saudara yang terdekat ni pun turut terpengaruh panggil budak ni Aloy. Lama kelamaan sepanjang budak kecik ni membesar, habis satu setinggan panggil dia aloy.

Pabila budak kecik ni masuk ke alam persekolahan sekolah rendah SRK La Salle (1) Jinjang, Kuala Lumpur. Mestilah ada budak-budak yang seusia dengan dia pun turut masuk sekolah yang sama. Lama-lama semua kawan-kawan budak ni panggil dia dengan nama aloy. 

Kemudian, budak ni berpindah rumah ke Bandar Baru Sri Damansara kerana rumah setinggan yang dia duduk hendak dirobohkan untuk dimajukan menjadi rumah pangsa kos rendah. Kawan-kawan yang asal setinggan adalah seorang dua kebetulan tinggal di satu kawasan di Damansara. Hal yang sama juga terjadi apabila dia berpindah ke  SK Bandar Baru Sri Damansara.  Oleh disebabkan seorang dua itu, habis satu taman dan kawan-kawan baru budak ni panggil dia aloy. 

Lama-kelamaan wujudnya laman-laman sosial seperti Facebook dan juga Twitter. Terdapat seorang dua yang memulakan komen panggil nama aloy, lalu mereka-mereka yang lain juga terikut dan merebak. haha. Tentang laman sosial ni tak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut sebab awak pun tahu juga untuk menggunakan laman sosial ini. hehe.


Mak aku cakap la kan, budak aloy ni masa kecik lagi tak pernah kenal erti "takde". haa faham tak? jap eh aku bagi contoh ~>


aloy: Mak, nak patung Ultraman.

mak aku: takde lah.
aloy: nak gak nak gak. nak SEKARANG!!!
*lepas tu pergi pasar malam, bapak si aloy ni pun beli la patung Ultraman tu. 

Ha, nampak tak kekerasan kepalaannya budak aloy ni. hehe. Mintak-mintaklah anak aku nanti tak macam budak ni. Nanya aku nanti. haha. Kopak wa cakap sama lu. haha. Kalau jadi macam tu gak, tu mesti genetik dari mak dia. haha :p

Sekarang ni budak aloy ni pun dah besar, dah dewasa, dah matang katanya haha. Dah 22 tahun dah dia hidup. Masih meningkat dewasa dan masih lagi mempelajari tentang selok-belok serta liku-liku kehidupan. Inilah gambar si budak aloy ni ~>



(Gambar ni masa dia jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Sakti UiTM Perak 2009/2010)

HAHA gambar tak nak poyo pulak kan. hahaha :p Memang budak ni poyo, nak buat macam mana lagi kan. Dalam hidup ni perlu ada secebis kepoyoan tu. Kalau tiada poyo, nanti orang pijak kita dik oi :) Kalau nak poyo-poyo pun jangan sampai jadi berlagak! Kalau nak poyo, biarlah bertempat. JANGAN POYO TAK TENTU PASAL! Haa. ambik kau. Biar lekat di ingatan :)

Akhir kata, Wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum w.b.t ;D

2 comments: