Friday, 30 November 2012

Faktor X

Hi korang! Ha, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk entry aku kali ni "Faktor X" kan? Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil "X-factor". Orang Kuala Lumpur cakap, "Hek eleh, mende la faktor X bagai, gua tak faham dowh" haha. Baiklah, Faktor X ni merupakan sebab yang kita tertarik kat dia. Haa.. contoh macam ni. Ade sorang budak ni, tak lah cantik mana pun, tapi dia ada faktor X yang membuatkan semua orang suka tengok dia. Mungkin perwatakan dia kah, mungkin gaya dia kah, mungkin dia comel kah. Ianya tidak tentu dan mengikut citarasa individu yang melihat ;) *Fuh, dah boleh jadi Professor aku ni*

Secara kasarnya entry ini aku nak ceritakan tantang faktor X perempuan yang aku suka tgk. :p

Pertama: Cermin Mata

Cermin mata yang berbingkai tebal :D
Cermin mata yang berbingkai tebal macam ni lah yang membuatkan mata aku tak lepas pandang. Lepas pandang, mesti nak pandang lagi. Alahai~

Kedua: Gigi Besi

Braces :)
Sesiapa yang memakai braces aku suka tengok dia bercakap. Sangat comel ;)

Ketiga: Yaeba
Gigi Yaeba :D
Fuh~ ini merupakan Faktor Paling X sekali. Hahaha. :p Aku suka tengok gigi yang macam ni. Lagi-lagi time dia bercakap. Sexy Chuols~ :p

Keempat: Kasut
Aku pun tak tahu nama dia apa. Ada orang panggil Heels, ada orang panggil Wedges. :)

Aku suka perempuan yang pakai kasut mcm ni dan BERTUTUP. Hehe. tak gemar tengok mereka yang tidak menutup kakinya. :) Lelaki tak apa :D

Walaubagaimanapun, ini dari kaca mata aku sahaja. Lain padang, lain belalang. :)



Tuesday, 27 November 2012

Teman Wanita

Hi ;D Tujuan aku menulis entry ini adalah aku nak berkongsi dengan korang pengalaman aku time aku bercinta dulu. Bukan apa, aku rasa makin lama aku simpan memori ni di ingatan aku, makin pudar jadinya. Jadi, lebih baik aku mencoret dalam blog ni supaya aku boleh share dengan korang semua. Ataupun mungkin suatu hari nanti aku hilangan ingatan, paling tidak pun aku masih ada coretan ini. Nampak tak bertapa pentingnya memori ini bagi diri aku :D Kalau ada yang rasa menyampah, anda dipersilakan tekan CTRL+F4 sekarang. Hehe.

Baiklah, aku ada 4 orang bekas teman wanita. Sila beri perhatian, BEKAS TEMAN WANITA. :D Tapi yang aku paling sayang adalah yang nombor dua. Ha, mesti ada yang hairan kan kenapa bukan yang pertama? Sebenarnya yang pertama tu percintaan jarak jauh. 7 bulan rasenye bertahan. Ha, yang kedua ni lama tahannya dalam setahun setengah. Lepas tu yang ke tiga, tiga bulan je. Yang ke-empat tu lah paling sekejap, tiga minggu jer. Hmm. Kenapa makin lama makin kejap? Jawapannya aku still sayang yang ke-dua tu dan aku rasa hati aku masih lagi kat dia masa aku bercinta untuk yang ke tiga. Kemudian aku cuba cari teman wanita lagi kalau-kalau boleh lupakannya namun akhirnya keputusannya tetap sama bahawa hati aku masih lagi kat yang ke-dua. Itulah kisahnya :)

Alkisah~
Aku tuisyen kat Perfection Training Academy Kepong masa aku tingkatan 5, aku pun minat lah dia ni. Dia ni comel tau jadi bukanlah suatu perkara yang pelik pabila rata-rata budak lelaki yang tuisyen di situ mempunyai perasaan seperti perasaan aku kepada dia. :)

Pada suatu petang kelas Matematik Tambahan, petang tu hujan, jadi aku pun sampai lewat. Semua yang lain dah duduk depan, jadi aku yang lewat ni terpaksalah duduk belakang. Aku duduk dan buka buku kemudian aku mencari budak yang aku minat ni. Dia tiada. Kemudian dalam sepuluh minit macam tu, pintu terbuka dan rupanya si dia yang baru sampai. Dia pun lambat juga. Bila aku nampak dia, tiba-tiba darah aku berderau satu badan habaq hang. Ketor lutut teman. Huhu. Dia berdiri sebelah aku kemudian dia minta tolong aku ambil kan kerusi yang kosong sebelah aku. Aku pun berganjak lah dan dia duduk kat sebelah aku. Pergh.. gila betul, aku tak dapat fokus langsung apa yang cikgu tu ajar. Tiba-tiba dia tanya aku soalan equation. Aku pun tak reti sebenarnya tapi aku tolong lah juga sebab nak bercakap dengan dia. Tahu tak tiba-tiba aku tergugup. Oh, itu sangat malu kot. Hehe.

Kemudian selang beberapa hari, kami bertemu. Kali ni bertemu dan tersenyum. Kemudian dia meminta nombor telefon aku dan mulai dari itu hatiku tertanya-tanya. hehe. tertaip lagu plak :p Mulai hari itu kami pun mula lah ber-sms :D Pada masa itu dia menggunakan telefon Samsung yang boleh "flip". Aku tak tahu model dia apa sebab aku tak tahu tentang Samsung, tapi pada masa itu aku menggunakan telefon Nokia N-Gage. Ni ha N-Gage tu.

Inilah Telefon kenangan itu. Tetapi ianya sudah hilang sebab dipukau. :(


Kami tak henti-henti ber-sms sehinggakan membawa telefon ke sekolah. HUHU. Dasyat sungguh penangan perasaan itu kan. :D

Pada tarikh 6 FEB 2007 hari Selasa. Aku sms dia, aku tulis "kita ni bersayang-sayang tapi tak couple" dia balas "Zairi nak couple dgn ____ ke?" Aku pun balas "Okay, kita jadi couple." Semenjak hari itu hubungan kami menjadi rapat dan mesra. :)

Kenangan manis~
Untuk pengetahuan korang, aku masih lagi simpan gambar kami ketika kami bersama dahulu. Ada dalam hard disk merah aku. Kalau nak tengok, sila lah datang berjumpa aku. Aku bagi tunjuk. Ade gak video tu macam menceritakan "Timeline" kisah percintaan kami. Bukan kisah la, tapi suma himpunan gambar yang aku edit sendiri guna Nokia N73. Gigih kan. :)

Ini merupakan antara hadiah yang aku bagi kepadanya

Ini merupakan dua utas rantai. Aku tidak pasti sama ada dia menyimpan lagi ataupun tidak tapi aku masih lagi menyimpan yang huruf "F" tu :D

Aku juga masih menyimpan duit kertas RM 1.00 yang dia lipatkan untuk aku dan ada sedikit nota dia atas duit kertas berbentuk "love" tu. Ni pun aku tak pasti samada dia masih ingat ataupun tidak. Huhu.

Nak tengok kad raya yang aku bagi dia tak? Kalau tak nak pun aku tetap tunjuk. hihi

Itu dia kad raya tu ha. Sila bandingkan kad itu dengan badan aku. Err.. tu muka semasa di tingkatan 5 ye :D

Korang pernah dengar tak lagu Tiara? Kumpulan Kris yang nyanyi? Kalau tak tahu aku sarankan korang buka link ni (http://www.youtube.com/watch?v=w0bd_ldl474) Bagi yang tahu tu aku tabik spring la kat korang. Hehe. Apa kaitan lagu ni dengan percintaan kami? Haa, sila baca perbualan dibawah :D


Pada suatu petang, ketika kami sedang ber-sms..
F: Syg, syg penah dengar tak lagu Tiara?
Aku: Tak pernah la sayang. Lagu ape tu?
F: Ala.. sayang dengar la. Lagu tu seronok tau.
A: Okay2. Nanti sayang cari ye :D
Lalu aku pun mencari lagu tu dan akhirnya aku dapat lalu aku dengar dan ingat sehingga sekarang. Jadi, kesannya sehingga sekarang pabila tiap kali aku dengar lagu Tiara, aku akan teringat akan kisah kami. Alahai~

Buku Bahasa Malaysia juga kami gunakan sebagai medium untuk mengikat janji. :) Buku tu ada di rumah. Aku simpan buku tu. Apa yang terkandung dalam buku itu adalah selain dari nota Bahasa Malaysia, terdapat juga segala nota cinta kami. :D

Percintaan kami ini tidak lah mewah seperti orang lain. Masa bulan puasa, kami berbuka dengan nasi lauk ayam. Beli di Bazar Ramadhan Taman Beringin. Kalau orang lain ber-dating di kopitiam, kami dating di atas menara sambil makan burger je. Ha, makan burger ni dah lepas bulan Ramadhan ye. Nanti korang ingat kami tak puasa. :D


Lautan mana tidak bergelora? Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Kami juga pernah beberapa kali putus kemudian sambung kembali dan akhirnya putus terus. Alasannya dia nak tumpukan kepada pelajaran dan aku berada jauh di Seri Iskandar manakala dia di Shah Alam. Aku terima dengan seadanya dan aku redha dengan ketentuan Illahi. Nak buat macam mana, kita hanya mampu merancang, namun tuhan itu Maha merancang dan segala perancangan tuhan adalah menjadi. Ha, ni masuk sedikit bab merancang ni. Sebelum membuat pembangunan atau pemajuan, mestilah perlu ada pelan kan? Pelan itu merupakan perancangan kita untuk kawasan tersebut. Apabila kita tengok diatas pelan, semuanya nampak cantik dan teratur. Tetapi apabila projek tersebut siap, ia hanyalah indah khabar dari rupa. Ini lah pengalaman aku menjadi pelajar jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah. Apa kaitannya pelan dalam hidup ini adalah aku cuma nak bagitahu apa yang kita rancangkan memanglah indah belaka, tetapi menjadi seperti apa yang dirancang adalah belum pasti :D

Percintaan ini membuatkan aku lebih matang dalam bab perhubungan dan secara tidak langsung ianya mempengaruhi hidup aku. Aku juga mula memikirkan perancangan masa hadapan dan hala tuju hidup aku. Sampai bila aku perlu menangis mengenang nasib kehilangan orang yang aku baru kenal dan sayang? Aku sudah pun kehilangan orang yang paling penting dalam hidup aku, jadi apetah la sangat bila kehilangan orang yang aku baru setahun setengah kenal berbanding kehilangan orang yang sudah 17 tahun aku kenal.

Aku sentiasa perpegang kepada ayat ini "MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI". Sebab aku sayangkan dia, sebab itulah aku biarkan dia kejar cita-cita dia supaya dia berjaya pada suatu hari kelak. Daripada itu juga aku juga harus memikirkan masa hadapan aku. Peluang sudah ada di hadapan mata, kena cepat ambil! Aku juga mula memikirkan siapakah aku pada 30 tahun akan datang? Dimanakah aku berada? Apakah sumbangan aku kepada keluarga, negara, bangsa dan agama?

Lama-kelamaan aku juga menyambung pengajian aku di Shah Alam. Adalah kami berjumpa dan bertanya tentang pelajaran dan perancangan masa hadapan masing-masing. Dia semakin matang dalam menempuhi ranjau kehidupan ini. :) Dia juga menyesali perbuatannya terhadap aku semasa kami bercinta dahulu. Dia sendiri pun sudah melalui Karmanya. Bagi aku dia juga manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan. Belajar dari kesilapan adalah orang yang hebat, tapi membuat kesalahan yang sama dua kali merupakan orang yang bodoh. :)

Semenjak peristiwa itu, aku mendapati aku sudah kehilangan KEHEBATAN CINTA sewaktu aku bersama dengan dia. Siapa-siapa yang bercinta dengan aku lepas ni, memang malanglah nasib dia. huhu ;P Jadi, aku mempertaruhkan cinta ku kepada MASA. Kalau masa itu sampai, aku terima dengan seadanya. Ada juga sekali dua aku cuba untuk mencari jodoh, tetapi tiada :) Fauzan Awang (2012) menyatakan bahawa, tuhan tidak memberikan apa yang kau mahu, tapi tuhan bagi apa yang kau perlukan :)

Assalamualaikum ;)

p/s: Fauzan Awang di dalam "entry" di atas merupakan rakan rumah aku, beliau bukan lah pakar motivasi atau apa-apa yang berkaitan dengan nya ;)

Sunday, 25 November 2012

Typo

Hai korang ;)

Korang mesti pernah tersalah cakap kan? Mesti pernah tersalah dengar kan? Okay, aku nak cakap pasal tersalah taip atau lebih dikenali sebagai typo. Tengok tajuk pun aku dapat bayangkan yang sesetengah dari korang dah senyum nampak gigi dah. ;3 Nama asal typo ni adalah Typing Error, ha gitchu, english chuolss. #komampu? hehe. Dapat kat warga Malaysia ni, nama dia pun kene tukar lah jadi typo. :D

Baiklah, dalam hidup aku, aku pun pernah ter-typo dan juga orang lain pun pernah ter-typo dekat aku. Aku nak bagitahu jenis-jenis typo yang aku pernah terima. Berdasarkan kajian yang aku jalankan sendiri, terdapat beberapa jenis typo yang melanda dan kian menular dalam kalangan masyarakat kita pada abad ini. :D

1 ~>  SALAH TAIP.
Perkara paling koman pabila tiap kali SMS/BBM/WHATSAPP/VIBER. Aku memang cukup pantang kalau orang tersalah taip kat aku, memang aku bahan gila-gila. Tapi kalau aku yang salah taip? Oh, itu takpa. :D

Kes ni aku rasa dia boleh dimaafkan lagi sebab dia sempat betulkan ayat dia sebelum aku reply. HAHA.  ;D

Okay, ini merupakan satu kesalah typo yang agak kelakar. HAHA. Konfiden ni ha KUCONG. hahaha. 

Siapa kenal FARID KANIL? HAHA. Ni pelakon ke apa ni? Penternak unta gamaknya? HAHAHA 

Ni pun kelakar juga. Nasi jadi NASU. HAHA. Boleh la boleh la. HAHAHA

Sebab ni typo junior aku, jadi tiada maaf bagi mu. HAHA. SESEKALO pun boleh kan Din? HAHA :P

Cakap tentang masakan, tetiba masuk bab BOLA? HAHA. Siapa nak makan  BOLA 3 RASA? :D

ANJING boleh jadi ANJANG? Walhal huruf I dengan huruf A tu jauh kot -.-" Dah kena bahan pun dia buat tak tahu. Memang kental!! -.- By the way, ini Facebook kawan sekelas aku :)


2 ~>  SALAH HANTAR.
Haa, ini merupakan kes yang paling berat dalam semua jenis typo. Sampai aku mati pun aku tak akan lupa. HAHA. *By The Way, kalau salah hantar, adakah ianya dianggap typo?* AH! ADA AKU KESAH? HAHA :D


HAHA ini senior aku punya typo. Ade ke dia panggil aku Anas? Aku da siap jawab salam die tu! Alahai akak :D 

Ha, ini typo paling legend dalam semua jenis typo yang ada dalam  Malaysia  ni. HAHA. Kes ni junior aku yang tetiba hantar gambar kat aku. Haa #komampu? HAHA. Pada firasat aku la kan, nama crush dia pun start dgn Z. Zawayie mugkin? *I dunno* :D




3. ~> SALAH MAKSUD
HAHA. Ni pun aku masukkan juga dalam typo. GASAK!!




Apesal ntah aku tak boleh nak caption gambar ni? -.-" 
Okay, ni kesnya dia cakap dari kecik cakap bahasa melayu, tapi cakap sweet sebagai cuweet. Ha, itulah maksud dia. HAHA. Bila masa "SWEET" tu Bahasa Melayu dik non oi? HAHA. ZASSS ;P


Walau apa pun, Bak kata junior aku bahawa typo itu comel. Tang mana comelnya pun aku tak dapat nak ukur. Tapi kalau tahap kelakarnya, aku boleh ukur. HAHA. Kalau ada kawan-korang yang selalu typo tu, buat-buat tak nampak je la. HAHA. Akhir kata, KORANG BOLEH TYPO, TAPI JANGAN TYPO DENGAN AKU. Buruk padahnya. :P

K, Bye ;)

Friday, 23 November 2012

Zura, Ina & Wan

Adik perempuan aku yang pertama, ZAIRIN AZURA BT. ZAINORDIN (20). Ha, ni lah Facebook dia. (https://www.facebook.com/zairinazura.zainordin?fref=ts) :) Orangnya sempoi habis bak hang. Dia ni penyimpan suku daripada rahsia-rahsia chek. hahaha :p Dia ni lah adik yang boleh dipercayai kalau bab sorok menyorok daripada mak bapak tahu. Sebagai contoh kalau aku jatuh motor ke kan. Kalau bagitahu mak aku, sah-sah la aku kene marah kan. haha. Bagi je tahu kat dia ni, settle masalah. hahaha.

Zura: Hoi, ni apa kau buat dengan minyak gamat ni? Kenapa seluar kau koyak ni? Kau jatuh motor eh?
aku: Yela, lagi mau tanya. Apa ke bendul punya budak! -.-"
Zura: Oh, kau jatuh dekat mana!
aku: Kau tak payah sibuk lah, asalkan mak tak tahu tau au. Kau jangan cakap seluar aku koyak au.
Zura: Okeh. :D
*Last-last mak aku tahu jugak sebab dia basuh seluar tu pas tu time nak lipat seluar tu, dia perasan ada koyak kat lutut. hehe :D

Ni ha dia, aku kenalkan kepada korang. :)

Ha, ini lah dia adik aku yang pertama tu. :)

Adik aku yang kedua namanya ZAIRIN SYARINA BT. ZAINORDIN (17). Dia ni gila fesyen tau. Orang ada kasut croc, dia pun nak kasut croc. Orang pakai tudung berbelit-belit leher, dia pun nak. Dia tak macam kakak dia yang tak ambil kisah tentang fesyen. Dia ni TAK BOLEH!. Orang pakai spek mata pun dia nak pakai jugak! Alahai, mati berdiri lah kalau macam ni. Tapikan, yang bagus dia ni kan, kalau esok ada kelas akaun, malam ni baca Yassin haa. Nak bagi hati tak gundah-gulana pabila kelas akaun pada esoknya. hehe :D

*Suatu petang pada bulan Ramadhan*
Ina: Abang, malam ni jom pergi Jalan TAR
aku: Uishh sesak lah. Kau nak buat apa kat situ?
Ina: Ina nak beli baju Najwa Latiff laa
aku: Ha? baju Najwa Latiff? baju apakah?
Ina: Baju yang Najwa Latiff lah. Baju warna lain, kain warna lain, dengan tali pinggang
aku: Huh! -.-
*Tak beli pun sebab tiada :)

Ni ha gambo si Ina ni. Ni Facebook dia (https://www.facebook.com/zairinsyarina.zainordin?ref=ts&fref=ts)

Dia ni jenis kira berapa kali kita pukul dia, lepas tu dia akan balas balik dengan jumlah yang sama

Adik aku yang last sekali, yang paling aku sayang, manja, intan payung, dialah racun, dia jugalah penawar. Inilah dia ZAIRI AZWAN B. ZAINORDIN (15). Ni Facebook dia (https://www.facebook.com/zairiazwan.zainordin?fref=ts) Bagusnya dia ni, selalu tolong mak aku kat dapur. Ha, mampu korang? :p Kalau mak aku pergi dapur nak masak, dia akan pergi dapur juga, tapi bukan masak, dia kupas bawang, buang ekor taugeh, tumbuk sambal belacan. Ha, dia sangat rajin ke dapur. :DLagi satu aku sangat suka cium dia. HAHA. Pas tu bergaduh dengan aku. hahaha :D

Wan: Abang, jom g Jusco.
aku: Wat pe kat sane?
Wan: nak beli controller PS2
aku: Alah, kan ada banyak tu. Lagi pun kau nak main dengan siapa?
Wan: Semua rosak dah la. Main game dengan Kak Ina la dah kau tak nak main.
aku: *Cakap dalam hati* Aku jugak yang kene -.-

Ni ha budak tu.. Rasa nak peluk-peluk :p

*Rasa nak tumbuk je muka dia* :p

Walaupun bagi Zura, Ina & Wan, aku ni abang yang garang, namun aku sayang adik-adik aku lebih dari segalanya. Bak kata pepatah melayu lama, Air yang dicincang, tidak akan putus. Begitulah jua hubungan tali persaudaraan tidak akan terputus walau apa jua cara. :)

One happy family at home ;)


Kenapa? Kenapa? Kenapa Aloy?

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. hehe. :D

sebelum ada apa-apa dalam blog ni, mesti korang tertanya-tanya kenapa blog aku ni dinamakan ALOY? Haa.. warna merah gitchu~ hehe.. Baiklah, nak dijadikan cerita, budak yang dibawah ini lah si Aloy tu ~>



(Maaf lah ye, tiada gambar yang tak menangis, menangis medang bak kata mak aku) 

Budak ni lah si Aloy tu ye :D biarlah aku cerita sedikit pasal latar belakang budak ni. Nama Aloy tu sebenarnya nenek dia yang bagi. Nenek dia yang panggil dia aloy. Lepas tu, saudara-saudara yang terdekat ni pun turut terpengaruh panggil budak ni Aloy. Lama kelamaan sepanjang budak kecik ni membesar, habis satu setinggan panggil dia aloy.

Pabila budak kecik ni masuk ke alam persekolahan sekolah rendah SRK La Salle (1) Jinjang, Kuala Lumpur. Mestilah ada budak-budak yang seusia dengan dia pun turut masuk sekolah yang sama. Lama-lama semua kawan-kawan budak ni panggil dia dengan nama aloy. 

Kemudian, budak ni berpindah rumah ke Bandar Baru Sri Damansara kerana rumah setinggan yang dia duduk hendak dirobohkan untuk dimajukan menjadi rumah pangsa kos rendah. Kawan-kawan yang asal setinggan adalah seorang dua kebetulan tinggal di satu kawasan di Damansara. Hal yang sama juga terjadi apabila dia berpindah ke  SK Bandar Baru Sri Damansara.  Oleh disebabkan seorang dua itu, habis satu taman dan kawan-kawan baru budak ni panggil dia aloy. 

Lama-kelamaan wujudnya laman-laman sosial seperti Facebook dan juga Twitter. Terdapat seorang dua yang memulakan komen panggil nama aloy, lalu mereka-mereka yang lain juga terikut dan merebak. haha. Tentang laman sosial ni tak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut sebab awak pun tahu juga untuk menggunakan laman sosial ini. hehe.


Mak aku cakap la kan, budak aloy ni masa kecik lagi tak pernah kenal erti "takde". haa faham tak? jap eh aku bagi contoh ~>


aloy: Mak, nak patung Ultraman.

mak aku: takde lah.
aloy: nak gak nak gak. nak SEKARANG!!!
*lepas tu pergi pasar malam, bapak si aloy ni pun beli la patung Ultraman tu. 

Ha, nampak tak kekerasan kepalaannya budak aloy ni. hehe. Mintak-mintaklah anak aku nanti tak macam budak ni. Nanya aku nanti. haha. Kopak wa cakap sama lu. haha. Kalau jadi macam tu gak, tu mesti genetik dari mak dia. haha :p

Sekarang ni budak aloy ni pun dah besar, dah dewasa, dah matang katanya haha. Dah 22 tahun dah dia hidup. Masih meningkat dewasa dan masih lagi mempelajari tentang selok-belok serta liku-liku kehidupan. Inilah gambar si budak aloy ni ~>



(Gambar ni masa dia jadi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Indera Sakti UiTM Perak 2009/2010)

HAHA gambar tak nak poyo pulak kan. hahaha :p Memang budak ni poyo, nak buat macam mana lagi kan. Dalam hidup ni perlu ada secebis kepoyoan tu. Kalau tiada poyo, nanti orang pijak kita dik oi :) Kalau nak poyo-poyo pun jangan sampai jadi berlagak! Kalau nak poyo, biarlah bertempat. JANGAN POYO TAK TENTU PASAL! Haa. ambik kau. Biar lekat di ingatan :)

Akhir kata, Wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum w.b.t ;D