Assalamualaikum,
Pada malam ini ingin aku coretkan pengalaman aku semasa berada di Stesen KTM Seremban pada petang tadi. Sedang aku menunggu keretapi, aku terpandang seorang wanita yang ber T-Shirt dan berseluar panjang. Apabila aku terpandang dia, aku seperti terkena mantera cinta. Kusangkakan diriku kebal, akhirnya aku jatuh cinta juga...
Aku tengok dia bertiga dengan ibu dia dan seorang makcik dia. Aku mula mengatur bagaimana cara untuk menegurnya. Kebetulan keretapi ada masalah, aku pun duduk sebelah mak dia. kemudian mak dia bercakap dengan aku train rosak. aku pun berborak la sama sambil perhatikan raut wajah dia. sungguh cantik dan menawan..
aku tak sempat nak tanya banyak cuma aku tahu umur dia 24 tahun, bekerja di KLCC, anak kedua dan tinggal di segambut. tujuan mereka ke Seremban adalah untuk melawat nenek dia.
akan aku ingat matanya yang sungguh cantik itu.
kepada dia,
aku doakan kita akan berjumpa kembali,
sekiranya diberikan peluang,
sudilah kiranya dikau menerima aku,
walau aku sedar kita berlainan bangsa dan agama.
sebelum mereka turun di Stesen Putra, ibunya sempat kata kepada aku "we will meet at DBKL"
aku senyum kepada ibunya dan kepadanya :)
No comments:
Post a Comment