Monday, 26 December 2016

Cinta KTM

Assalamualaikum,

Pada malam ini ingin aku coretkan pengalaman aku semasa berada di Stesen KTM Seremban pada petang tadi. Sedang aku menunggu keretapi, aku terpandang seorang wanita yang ber T-Shirt dan berseluar panjang. Apabila aku terpandang dia, aku seperti terkena mantera cinta. Kusangkakan diriku kebal, akhirnya aku jatuh cinta juga...

Aku tengok dia bertiga dengan ibu dia dan seorang makcik dia. Aku mula mengatur bagaimana cara untuk menegurnya. Kebetulan keretapi ada masalah, aku pun duduk sebelah mak dia. kemudian mak dia bercakap dengan aku train rosak. aku pun berborak la sama sambil perhatikan raut wajah dia. sungguh cantik dan menawan..

aku tak sempat nak tanya banyak cuma aku tahu umur dia 24 tahun, bekerja di KLCC, anak kedua dan tinggal di segambut. tujuan mereka ke Seremban adalah untuk melawat nenek dia.

akan aku ingat matanya yang sungguh cantik itu.

kepada dia,
aku doakan kita akan berjumpa kembali,
sekiranya diberikan peluang,
sudilah kiranya dikau menerima aku,
walau aku sedar kita berlainan bangsa dan agama.

sebelum mereka turun di Stesen Putra, ibunya sempat kata kepada aku "we will meet at DBKL"

aku senyum kepada ibunya dan kepadanya :)

Monday, 12 December 2016

Rezeki

Baru-baru ni aku ada terbaca di Facebook ada seorang tu post dekat group yang mana ahlinya adalah kebanyakkan dari kelulusan Perancangan Bandar. Aku bahasakan diri yang post tu "junior" lah ye sebab aku stalk profile dia aku rasa dia sedang study dalam bidang perancang bandar ini.

Baiklah, junior ini menyuarakan satu soalan yang berbunyi lebih kurang begini "belajar 4,5 tahun tetapi tidak menjamin peluang pekerjaan.' Lebih kurang macam itulah post dia.

aku taknak komen dalam post tu sebab aku taknak ibarat mencampak minyak ke bara api. hehe. Nanti elok-elok budak tu ada semangat nak balajar, terus hilang semangat kerana kena maki hamun dekat dalam post tu. 

Pada pandangan aku la kan, walau apa course yang kau pilih hatta samada rela atau tidak, kau kena percaya kepada rezeki. tapi bagi aku junior tu ada bagusnya kerana dia berani menyuarakan pandangan untuk masa depan dia. Tak macam aku, aku ni jenis ikut je, janji nanti lepas belajar, ada secebis ilmu yang dibawa. Oleh kerana si junior tu dah sedar dari awal akan kesilapan dia, apa kata dia tukar je course yang lebih menjamin masa hadapan. 

Aku dah beberapa tahun tinggalkan kerusi universiti ni, jadi melalui pengalaman aku, walau apa cousre yang kau ambil, tapi kau pemalas untuk cari kerja, akhirnya kau akan menjadi manusia yang tak berguna walaupun kau punyai PhD sekalipun. 

Hidup ni kalau semua nak orang suap, susah dik. Kau kena bangun pergi keluar untuk memajukan diri. ulat celah batu pun keluar cari makanan. kau faham kan apa maksud aku..

Ramai kawan aku yang punyai Sarjana Muda yang akhirnnya tidak bekerja dalam bidang perancang bandar. ada yang bekerja sendiri, ada yang menjadi polis, ada yang bekerja di bank, ada yang jadi pendidik, cuma segelintir sahaja yang mungkin baik nasibnya kerja di dalam skop perancang bandar.

Kau kena percaya diploma ke degree ke itu ilmu sahaja. alih alihh semuanya bergantung kepada diri kau. kalau kau rajin, In Sha Allah ada hasilnya. Jangan harap untuk bulan jatuh ke riba. Sebaliknya usaha, berdoa dan tawakkal kepada Illahi semoga perjalanan kau dipermudahkan.

ingat pesanan aku ni, ini hanyalah pendapat 20sen aku :)