Wednesday, 9 December 2015

Aku "Dibunuh".




Bila aku terima mesej yang macam ini dari dia aku rasa aku dah tiada jiwa. aku dah tak dapat rasa kaki aku dah. bagi aku alangkah bertuahnya lelaki yang dia minat tu.

wahai lelaki tersebut, ketahuilah kamu bahawa kau merupakan lelaki yang beruntung. jadi kalau dia dah minat kat kau jangan kau lukai hatinya. aku akur walaupun aku bukan pilihannya.

Aku juga bersyukur dapat mengenali dia dengan hasil usaha aku sendiri. aku tak minta bantuan dari sesiapa melainkan Allah.

terima kasih.. terima kasih...

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku menangis.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku bersedih.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku menderita.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu hatiku hancur.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku menyimpan seribu satu perasaan.

takpelah, sabar je lah. sebab aku percaya dipenghujung sabar ini pasti ada kemanisan. ini bukan jodohku.

aku doakan kau akan bahagia disamping dia dan dia akan sentiasa membuat kau tersenyum. aku bukan jenis rampas merampas ni. aku dah usaha, aku dah tawakkal, jadi sekarang aku redha dan serahkan segalanya kepada Allah.





1 comment:

  1. La tahzan sahabat ����..ttbe plak rse Nk wat story cmni kt blog, Tp mmpu buat kt note ja ����

    ReplyDelete