Wednesday, 9 December 2015

Aku "Dibunuh".




Bila aku terima mesej yang macam ini dari dia aku rasa aku dah tiada jiwa. aku dah tak dapat rasa kaki aku dah. bagi aku alangkah bertuahnya lelaki yang dia minat tu.

wahai lelaki tersebut, ketahuilah kamu bahawa kau merupakan lelaki yang beruntung. jadi kalau dia dah minat kat kau jangan kau lukai hatinya. aku akur walaupun aku bukan pilihannya.

Aku juga bersyukur dapat mengenali dia dengan hasil usaha aku sendiri. aku tak minta bantuan dari sesiapa melainkan Allah.

terima kasih.. terima kasih...

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku menangis.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku bersedih.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku menderita.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu hatiku hancur.

Aku tersenyum tetapi orang tidak tahu aku menyimpan seribu satu perasaan.

takpelah, sabar je lah. sebab aku percaya dipenghujung sabar ini pasti ada kemanisan. ini bukan jodohku.

aku doakan kau akan bahagia disamping dia dan dia akan sentiasa membuat kau tersenyum. aku bukan jenis rampas merampas ni. aku dah usaha, aku dah tawakkal, jadi sekarang aku redha dan serahkan segalanya kepada Allah.





Saturday, 5 December 2015

Kenangan Terindah PJ Fair 2015

hai korang, hari ni aku nak berkongsi pengalaman pertama aku menyertai PJ Fair. Pj Fair ni satu acara yang dianjurkan oleh pihak mbpj. pada pendapat peribadi aku, event ni ada bagus dan buruknya. tapi siapa nak cerita yang buruk kan? jadi baik kita berkongsi perkara yang seronok-seronok je. haha.

PJ Fair kali ni begitu memberi aku seribu satu kenangan dan aku akan sematkan diantara kenangan paling terindah aku pada akhir perenggan karangan ini. hahahaha. jadi siapa nak tahu boleh la skroll sampai bawah. jadi mana yang sabar tu, tunggu je la ok hahaha.

ok. aku nak mulakan nukilan aku yang tak seberapa ni dengan memperkenalkan kat korang Team Perancangan Pengangkutan MBPJ. hahaha.



ini bukan team aku sahaja, ada juga orang dari team lain seperti azam, nasa dan ijat tuu. hahaha. lagipun tak semua team aku ada dalam gambar ni. kak nora takde. sebab apa takde, sebab dia yang amibil gambar ini. hehe. jadi ada gambar anak dia ok lah tu. kira wakil la tu. hehehe




ini pula aku dengan kawan aku. ijat. hahaha. team clash of clan. hehehe. bagus ijat ni, selalu tolong team aku terutamnya kak izan. kalau kak izan nak fail ke apa, ijat ni la yang akan tolong cari. hehe



ni pula gambar aku acah-acah "hawk-eye" atau gelarannya Takanome Duracule Mihawk. hahaha. lawan memanah ni dengan abang samjun dan nasa. aku dapat tempat ke-2. haha. ok la tu asalkan abg samjun kalah hahahaha. jahat gila aku hehehehe



ni gambar ramai-ramai. dari kiri : Azam, Nasa, Abang Samjun, Zairi Azrol, Izzat. yang kalah tu sebelah kanan aku tu. hahahaha.



aku ingat aku iron-man lagi tinggi dari aku. rupanya rendah je. hehehe. kenalkan ini lah Tony Stark ! hehehe. tengah membuat persediaan untuk berlawan dengan Captain America. hehehe



bagi yang tak percaya apa yang aku cakap kat atas tu, ni aku zoom sikit. nampak tak bahu aku lagi tinggi tu. hehehe korang jangan dengki ok hehehe



nah aku belanja gambar aku tengah melompat. makcik aku cakap aku lompat tinggi dan macam mana aku buat. hehehe. macam mana nak jawab soalan dia ni. hmm aku lompat la. mana pakai apa-apa alat bantuan. hehehe. mungkin kerana otot kaki kuat kot. hahahahahahahahaha ok perasan.



kali ni aku bergambar dengan kakak-kakak bahagian perancangan pengangkutan, hehehe. yang berdiri kat patung merah tu single lagi. jadi kalau  korang nak masuk  jarum, boleh inform aku. aku ada cable. hahahaha. yang lagi 3 tu tak boleh ok. deorang unavailable hehehehee..



ok tujuan gambar ni adalah aku nak bagitahu tinggi aku sama tinggi dengan patung tu ok hehehe.



ok ini kalau dengan aku pangkat dia dah macam opah. huhu. ini kak saniah. tapi aku selesa panggil dia mak. sebab dia sangat caring dan penah sekali aku pitam, dia ni antara orang yang panik. huhu. agaknya dia anggap aku macam anak dia sendiri kot. hehe. syukur Alhamdulillah kerana ada orang masih sayang akan diriku ini. :)



ok. sebelum aku mengakhiri nukilan aku ni, aku nak semadikan gambar aku dengan arca I <3 PJ ni. ini bermaksud walau dimana sahaja aku berada, percayalah aku tetap tidak akan melupakan PJ. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain. tempat dimana aku kenal erti kerja dan belajar tentang bahawasanya pabila kerja kerajaan tu tak semuanya mudah. namun aku berundur bukan kerana aku mengalah, tapi aku ingin maju ke hadapan.


sekian,


terima kasih kerana sudi membaca....







oh ya, aku terlupa temtang perkara menarik yang aku ingin kongsikan pada 28 November 2015 aku menghabiskan seharian dengan Nasuha. Kalau tak kenal, ini dia..





rasa macam mimpi jadi kenyataan.haha. bila orang yang kau "admire" nak selfie dengan kau, menghabiskan masa seharian dengan kau dan mengajar kau cara untuk selfie. wow! memang kenangan yang aku tidak akan lupakan buat selamanya.

ok dah habis. nanti aku update lain ok.

Assalamualaikum :)