Malam ni aku nak berkkongsi cerita tentang persoalan kawan aku semasa aku buat diploma dahulu.
Dia ni kawan aku semenjak di bangku sekolah menengah lagi, dia tanya aku
"Aloy, macam mana nanti bini kau dah takde dara?"
Aku macam tergamam, tak tahu nak jawab apa, aku pun jawab la "Dah dapat yang macam tu, nak buat macam mana kan. hahaha". Semudah macam tu aku jawab. Mudah tak hidup aku ni? hehee
Sebenarnya, aku nak terangkan apa selaput dara ni takut aku dilabel gila seks pula. hehe. Korang sendiri google la ye.. Sekarang ni teknologi dihujung jari, mudah sungguh nak dapat info.
Selaput ini boleh rosak dengan beberapa faktor, bukan sebab dia pernah buat seks ye..
- Memang tiada selaput dara semenjak lahir
- Sebab perempuan ni memang aktif bersukan/lasak
- Mungkin sebab perempuan ni sering beronani
- Sebab perubatan yang memerlukan doktor memasukkan alat perubatan ke dalam rahim
- Ataupun mungkin perempuan ni suka memasukkan air kedalam rahim bagi tujuan untuk membersihkannya
Ha, itulah antara sebab perempuan hilang dara. Walaubagaimanapun, korang tengok ni
Biar aku terangkan ayat tu sebab orang melayu ni malas membaca. Ayat tu bermaksud "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik" haa. Jadi, nilailah diri kau.
No comments:
Post a Comment