Wednesday, 13 May 2015

3,2,1

Cerita ni bermula semasa aku memulakan pengajian aku di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar. Aku mengambil jurusan DIPLOMA PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH. Aku dimasukkan dalam kelas 1A. Dalam kelas tu ramailah muka-muka baru yang aku jumpa. Nak dijadikan cerita, terdapat segelintir dari kami mendiami di kolej kediaman yang sama, jadi aku, Khalil Lutfi, dan Muhammad Azmir menetap di kolej kediaman yang sama. Jadi, kami bertiga makin rapat. :)


Dari kiri: Azmir, Aku dan Khalil.

Kami menetap di Kolej Indera Sakti, Blok Bidara. :)

Kami berkawan sehinggalah pada satu hari, Si Azmir dah pun mempunyai Teman Wanita. Jadi, tinggal lah aku dengan Si Khalil.

Inilah dia Teman Wanita Si Azmir.

Azmir dan Aisyah :D

Tinggal lah aku dengan Khalil sahaja. Tak lama selepas itu, Khalil juga mempunyai teman wanita.

Jadi, tinggalkan aku sendirian meneruskan hidup ini di UiTM Perak.



p/s: Ini cerita benar, nanti kalau aku godek-godek hard disk aku dan aku terjumpa gambar Khalil dengan awek dia, nanti aku upload ye. korang boleh la tengok. hehehe




Selaput Dara

Assalamulaikum,

Malam ni aku nak berkkongsi cerita tentang persoalan kawan aku semasa aku buat diploma dahulu.

Dia ni kawan aku semenjak di bangku sekolah menengah lagi, dia tanya aku

"Aloy, macam mana nanti bini kau dah takde dara?"

Aku macam tergamam, tak tahu nak jawab apa, aku pun jawab la "Dah dapat yang macam tu, nak buat macam mana kan. hahaha". Semudah macam tu aku jawab. Mudah tak hidup aku ni? hehee

Sebenarnya, aku nak terangkan apa selaput dara ni takut aku dilabel gila seks pula. hehe. Korang sendiri google la ye.. Sekarang ni teknologi dihujung jari, mudah sungguh nak dapat info.

Selaput ini boleh rosak dengan beberapa faktor, bukan sebab dia pernah buat seks ye..


  1. Memang tiada selaput dara semenjak lahir
  2. Sebab perempuan ni memang aktif bersukan/lasak
  3. Mungkin sebab perempuan ni sering beronani
  4. Sebab perubatan yang memerlukan doktor memasukkan alat perubatan ke dalam rahim
  5. Ataupun mungkin perempuan ni suka memasukkan air kedalam rahim bagi tujuan untuk membersihkannya
Ha, itulah antara sebab perempuan hilang dara. Walaubagaimanapun, korang tengok ni


Biar aku terangkan ayat tu sebab orang melayu ni malas membaca. Ayat tu bermaksud "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik" haa. Jadi, nilailah diri kau. 

Tuesday, 12 May 2015

Di Dalam Diam Aku Mencintai Mu~

Assalamualaikum~

Aku pun tak tahu nak cakap aku ni jatuh cinta ke apa. Entahlah, korang layanlah lagu ni ye.


Dan untuk awak, tiada dunia yang saya boleh janjikan, tetapi saya akan buat awak tersenyum pabila dengan saya kelak. :)

Sunday, 3 May 2015

Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibawa Mati.


Assalamualaikum, apa khabar semua?
Harini 4 May 2015 pada jam 0337 aku rasa aku nak update blog aku.

Pagi ni aku nak cerita tentang antara manusia yang aku paling terhutang budi selain daripada emak dan bapak aku.

Insan yang berhati mulia tersebut adalah .......

Pada semester akhir semasa aku membuat Ijazah Sarjana Muda, kami para pelajar dikhendaki untuk menyiapkan thesis. Jadi aku tidak terlepas untuk menyiapkan juga thesis aku... Cerita dia macam ni..

Semasa hari viva, aku memakai baju kemeja sebagai tanda semangat untuk lepas subjek yang terakhir sebelum kami menduduki peperiksaan akhir. Nama aku Zairi, jadi, aku ni antara mereka yang terakhir untuk dipanggil viva.

Akhirnya nama aku diseru, lalu aku masuk kedalam bilik yang terdapat 3 orang panel. Ketua panel aku adalah Dr. P. Aku masuk, lalu dijemput duduk dan aku tersengih. Lalu dia cakap "Zairi, you look so hansome today, but unfortunately i cannot let you pass your thesis". Aku pun jadi pelik lah, kenapa pula jadi macam tu sedangkan aku siap thesis aku.

Rupa-rupanya pembaca kedua aku tidak berpuas hati dengan thesis aku. Dia cakap "Ypu are a Town Planner, why your thesis dont have landuse plan". Aku pun rasa macam nak pucat. Jadi, aku terpaksa akur dan redha yang aku telah mendapat status TL.

Sedih kot bila aku keluar dari bilik panel tu, kawan-kawan ucap tahniah kerana mereka yang lain lulus. Bila aku cakap aku tak lepas, mereka tak percaya. mereka cakap aku tipu. Aku cakap, apa yang aku dapat jika aku menipu. Akhirnya mereka percaya cakap aku.
_______________________________________________

Selang beberapa hari, seorang pensyarah aku iaitu PZ telah menelefon aku. Dia nak jumpa aku dibiliknya. Aku pun pergilah berjumpa dengan PZ ni. Dia cakap dia nak tolong aku untuk mengemaskini dan menyiapkan thaesis aku. Lalu aku fikir, ini peluang, siapa nak tambah semester kan. Tapi syarat dia aku kena mendapat izin dari penyelia aku.

Petang tu aku telefon penyelia aku, kata nak berjumpa dengan dia. Dia cakap boleh, jam 2:30 petang jumpa dia dibiliknya. Akhirnya pada jam 3 petang baru aku nampak kelibatnya, lalu aku dijemputnya ke dalam biliknya lalu menanyakan apa masalah aku. Aku ceritalah kepadanya tentang apa yang berlaku, lalu dia menjawab "Awak ni dah tak minat nak siapkan thesis kan. Sebab tu awak buat sambil lewa". Aku geram, kalau macam tu dia nilai aku, baik aku tak payah siapkan. Tak payah sibuk-sibuk nak jumpa dia setiap isnin kalau itu jawapan yang aku terima. Akhirnya dia cakap "Lantak awaklah nak buat macam mana". Jadi itu kira keizinan dari dia tu.

Esoknya aku berjumpa dengan PZ, lalu dia menyatakan bahawa thesis aku ni tak banyak kena baiki. Cuma aku kena rajin atau tidak. Itu sahaja syarat dia. Dia bagi pilihan, samada nak balik cuti semester atau nak korbankan 3 minggu cuti semester untuk siapkan thesis, dan balik seminggu sebelum raya. Aku menyahut cabaran PZ tu. Aku bagitahu dia yang aku akan grad semester ni juga. Tak kira apa.

Jadi bermulah episod untuk aku menyiapkan thesis aku. Setiap hari aku akan berjumpa dia pada jam 630 pagi untuk tunjuk progress bab demi bab. Hampir 70% thesis aku di betulkan. Bayangkan, setiap hari selama hampir 3 minggu. Masa tu kawan-kawan semua dah balik dengan hati gembira, tinggalah aku dengan beberapa orang kawan yang mengalami nasib yang sama. Masa tulah nak tengok bab 1, bab 2, bab 3, pelan, borang soal selidik semua ubah balik. Pergi site balik. Tuhan je tahu macam mana sengsaranya hidup apabila kena buat dalam tempoh yang singkat. Tapi setiap kesusahan, InshaAllah ada kemudahan. Segala maklumat seperti pelan, gambar, Allah mudahkan. Godek-godek harddisk, ada pelan yang boleh digunakan, jadi tidak perlu ke DBKL untuk mengambil maklumat.

Akhirnya tinggalah lagi 4 hari aku akan hantar thesis aku. Semuanya sudah siap dan hanya tinggal untuk buat "hardcover". Jadi masa hari "submission" tu PZ bagitahu aku dengan kawan-kawan aku "Korang semua tahu tak, sebenarnya ada pensyarah yang sayang sangat kat korang ni". Aku pun tanya balik "Siapa Prof?". Lalu PZ jawab "Prof. W sayang sangat kat korang ni, saya pun tak tahu kenapa".

PZ menceritakan kembali setelah kami didapati tidak lepas viva, petang tu semua pensyarah ada mesyuarat mengejut. Prof W panggil semua pensyarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM Shah Alam untuk mengadakan mesyuarat mengejut. Prof W ni merupakan pensyarah yang paling lama berkhidmat sebagai pensyarah, bahkan ada pensyarah sekarang merupakan anak didik PW ni semasa mereka belajar dahulu. Jadi mesyuarat itu memutuskan bahawa kami mesti lulus dalam sem ini juga melainkan memang kehendak kami untuk menyambung pada semester hadapan.

Bila aku dengar apa yang PZ cakapkan tu, bulu roma aku meremang, tiba-tiba aku jadi sebak. Tak sangka, ada insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada kami.

Akhirnya dapatlah kami menyiapkan thesis dan berkonvo pada on time. Sebenarnya masa keputusan keluar pun masih terdapat isu. Jadi nantilah aku ceritakan apa isu yang timbul semasa keluarnya keputusan peperiksaan.

Nota kaki: Segala watak diatas diberikan nama samaran demi menjaga kepentingan peribadi individu tersebut. Cerita ini berdasarkan pengalaman saya dan ianya tiada kaitan dengan mereka yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. :)

k. bye..



Zairi Azrol Bin Zainordin
4 May 2015