Tuesday, 25 April 2017

#triptomabul

Hai semua. Assalamualaikum.. :)

Pada malam ni aku nak berkongsi pengalaman aku ke Pulau Mabul, Sabah. Sebelum aku mulakan perkongsian aku, aku nak beritahu bagaimana latarbelakang boleh terjadinya perancangan untuk ke Mabul. Ceritanya begini, ada seorang kawan aku dia berkenan kepada seorang gadis ni. Kawan aku ni berhajat untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis tersebut. Tapi malangnya jawapan dari gadis tersebut telah mengecewakan kawan aku. Jadi kawan aku ni pun booking untuk bercuti ke Mabul dan membayarkan harga tiket dan pakej untuk kami ber empat (tapi kami pergi enam orang kerana lagi dua orang join lambat sikit).

1.4.2017
Perjalanan kami bermula di KLIA 2. Penerbangan kami pada jam 9:55 pagi kalau aku tak silap. hehe. Pada jam 1:00 tengahari kami mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Kemudiannya kami menyertai 1 kumpulan yang termasuk kami adalah seramai 24 orang. Kemudian kami menaiki van untuk ke Semporna. Perjalan itu juga mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam.

Kejutan budaya
Setibanya di Semporna, kami menetap di Dragon Inn Floating Resort. Kawasannya sumpah best, dalam bilik ada aircond lagi. Lokasinya atas laut. haha. Kau mandi ke kencing ke air terus direct masuk laut. hehe. Petangnya merupakan aktiviti senggang. Aku dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pekan berhampiran. Aku anggap itu pekan Semporna. hehe. Jalan-jalan tengok masyarakat dan kehhidupan di sana. Maklumlah, Perancang Bandar kan, kena la tengok keadaan tempat orang. hehehe :-p

Hipster katenye. kau ada tak?


Maafkan perangai aku yang pelik sikit. hehe.

Keadaan di dalam bilik

Keadaan di dalam bilik

Keadaan di dalam bilik

Keadaan di dalam bilik

Keadaan di dalam bilik

Suasana di luar bilik

Model tak berbayar



Pada malamnya Abang Hairul (travel agen yang bertugas menjaga kami) memanggil kumpulan kami untuk mengadakan sesi Ta'aruf (sesi perkenalan) supaya senang, masing-masing kenal kawan baru. Beliau juga memberikan taklimat apa yang akan berlaku pada keesokan hari. :)

2.4.2017
Pada hari kedua, kami berkumpul seawal 7 pagi bagi menanti ketibaan bot. Pada pagi itu, kami bersarapan sendiri (tiada dalam pakej). Kemudian kami menaiki bot ke Pulau Bohey Dulang.

Masa ni muka masing segar bugar. Belum jadi sotong kering. hehe

Muka happy sebelum mendaki.


Ketika mendaki


Peserta ke dua sampai ke puncak Bohey Dulang :p


Bila yang lamcat dah sampai. hahaha

Peserta yang kecundang di tengah pendakian


#selfiekingkongkepalahotakkau #gshock

Bubbye Bohey Dulang, semuga kita berjumpa lagi bah (loghat Sabah)


Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk snokerling. Ha yang ini aku lemah sikit. Aku ni lemah nak ingat nama orang, nama tempat dan kalau orang yang baru beberapa kali jumpa. hehe. So, aku kongsikan gambar-gambar ketika aktiviti snokerling untuk bagi korang iri hati. Nama pulau tu aku tak boleh kongsikan kerana ianya takut akan mendatangkan bahaya kepada pengunjung. (Walhal tak amik tahu apa nama pulau yang snokerling tu)

Kaki tak sampai.

Bagi ikan makan biskut Cap Ping Pong.

Ikan sombong. 

Batu karang yang bosan.

Anak-anak ikan

Testing goggle baru

Boleh je bukak mata dalam air.

Swafoto ala ala pakcik kedai kopi

Future Pirate King

Korang fikir sendiri la nak letak caption apa

Air cetek. hehe

3.4.2017
Akhirnya, hari yang ditunggu sekian lama telah tiba. Ianya adalah hari utnuk ke Pulau Mabul. Perjalanan dari Semporna ke Pulau Mabul mengambil masa dalam 1 jam dengan menaiki bot.

Muka merah disebabkan oleh sunburn

Setibanya di Mabul, kami mengambil peluang untuk mandi manda kerana untuk pengetahuan semua, bekalan elektrik di Pulau Mabul hanya boleh didapati dari pukul 6 petang sehingga 6 pagi sahaja. Bekalan elektrik bagi pulau tersebut adalah terhad. Tambahan pula pada waktu siang, tiada penduduk yang berada di rumah, masing-masing keluar untuk mencari ikan. Si ayah akan mencari ikan, manakala si ibu akan menjual hasil tangkapan kepada pelancong. Anak-anak pula akan ke sekolah dan melakukan aktiviti selepas balik sekolah.

Berikut aku kongsikan beberapa gambar tentang akan keagungan ciptaan Allah terhadap tempat yang bernama Pulau Mabul. Tempat yang cantik, penduduk yang ramah, keunikan dan keindahan semulajadi yang tersendiri.

Percaya atau tidak gambar ini mendapat 1k likes hehe

Mermaid boy

Nemo

Hensem boy

Patric

Superhero

Hand stand

Caravan Serai Holidays

Permandangan indah

tenang tenang biar semua tenang

Panas sebenarnya

Belanja satu kali

Bubbye Pulau Mabul

#triptomabul #semogamakbul

hola!


Disebalik keindahan dan keunikan yang terdapat di Pulau Mabul ini, siapa sangka terdapat sekelompok masyarakat yang ditinggal oleh arus permodenan. Masyarakat yang kami gelarkan sebagai "anak mabul" ini kebanyakkan tidak tahu mengeja, membaca dan mengira. Tidak semua anak-anak ini mendapat peluang untuk belajar di sekolah kerajaan. Terdapat sekolah kerajaan yang menawarkan pembelajaran percuma, tetapi dokumentasi pengenalan diri tidak dimiliki oleh anak-anak ini.

Terdapat juga sebuah sekolah yang dinamakan "School of hope". Sekolah ini adalah inisiatif salah seorang penduduk di pulau tersebut untuk memberi pelajaran secara suka rela kepada anak-anak ini. Cikgu yang bernama "Cikgu Ali" merupakan penduduk kampung yang mempunyai pelajaran yang agak tinggi berbanding penduduk lain. Ini membuatkan Cikgu Ali berasa bertanggungjawab untuk memberikan pelajaran yang percuma kepada anak-anak Mabul ini. Keadaan kelas yang sangat serba kekurangan. Jadi, jika ada yang berhasrat untuk pergi ke Pulau Mabul, saya sarankan untuk membawa alat tulis, buku-buku nota, roti, pakaian dan siapa ada kepakaran untuk membaiki peralatan elektrik seperti lampu dan kipas, bantuan anda sangat dialu-alukan.

Walaupun anak-anak ini ketinggalan dari segi dunia, tetapi ilmu tentang akhirat disemat ke dalam kalbu mereka semenjak azali. Boleh dikatakan setiap anak-anak disini berupaya untuk membaca surah Al-Quran. Itulah maksud "Adil" yang tuhan janjikan kepada hamba-hambanya.


Antara anak-anak Mabul

Suasana perkampugan di Mabul

Suasana perkampugan di Mabul

Suasana perkampugan di Mabul

Suasana perkampugan di Mabul

Suasana perkampugan di Mabul

School of hope

Cikgu Ali yang memakai baju putih berkaca mata


4.4.2017
Hari terakhir di Mabul. Ketika nak balik hari hujan. Tetapi hujan kat Pulau Mabul tidaklah selebat hujan di Kuala Lumpur. hehe. Jadi Perjalanan balik kami adalah dari Pulau Mabul dalam satu jam menaiki bot sampai ke Semporna dan menaiki van ke Lapangan Terbang Tawau mengambil masa dalam 1 jam juga. :)


Baiklah, aku sarankan korang pergi melancong ke dalam negara sendiri. Banyak lagi tempat yang menarik dan masih lagi ramai insan yang perlukan pertolongan. Jangan lah kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Abang Hairul kerana membuka mata kami untuk memandang dunia. Jadi kepada sesiapa yang ingin menikmati pengalaman seperti saya, boleh follow instagram : caravanserai_holidays untuk mengetahui dengan lebih lanjut. :)