Hari ni aku nak ceritakan satu kisah aku dengan seorang wanita ini. Aku ni bukanlah jenis lelaki yang memandang wanita yang "islamic". Maksud aku tu yang alim la. Sebab aku pun bukanlah jenis yang warak dan aku rasa wanita yang seperti itu tidak sekufu dan tidak sesuai dengan aku.
Tetapi pada 31 Julai 2015 aku telah terpikat kat seorang gadis ni. Dia ni kira dalam golongan "islamic" lah sebab bertudung labuh, lepas tu pakai "sock-hand", pastu dia ni ayu tau.
Mulanya macam ni, pejabat aku ada buat majlis sambutan hari raya. Jadi kami dijemput hadirlah kan. Lepas tu aku lepak dekat satu meja ni sebab aku nampak ada seorang perempuan duduk. Kiteorang 3 orang dengan harapan bila kami duduk, perempuan tu pergi la kan. Tetapi dia tetap juga tak berganjak. Jadi kami duduk je la buat tak heran.
Kemudian datanglah kawan-kawan dia yang lain tu sampai. Rupanya deorang pergi ambil makanan. Banyak gila makanan dia ambil. Tengok pun tahu takkan abis. Dengan Laksa, buah, kuih, memang banyak. Kawan aku pun nak pergi ambil makanan, aku cakap jangan lagi sebab nanti ada makanan yang akan sampai kat kita. kawan aku pun macam hairan je kenapa aku cakap macam tu.
Yelah, bayangkanlah deorang ambil banyak makanan kot, perempuan ni memang takkan makan banyak. Kebetulan pula deorang lepas makan, deorang tiada tisu dan kebetulan lagi sekali dalam poket aku ada tisu. aku pun acah-acah "gentleman" bagilah tisu tu kepada awek yang tu. Awek ni la yang aku "aim". HAHA.
Lepas bagi tisu barulah bermula sembang tu. Deorang pun "offer" makanan deorang. Memang tak habis, jadi kami pun makan lah sambil bersembang. dia ni jenis yang bertenaga. yang ada aura. mungkin itu yang buat aku jatuh hati kat dia kot. agaknyalah.
Kemudian dengan tidak semena-mena kawan pejabat aku join deorang. Rupanya dia ni kawan kepada kawan aku. Wah, ini peluang lagi cantik. Tapi aku kena fikirkan jalan macam mana nak lebih dekat kepada dia. aku terdengar kawan aku panggil nama dia. Aku pun fikir, "Eh, takkan la tu nama dia. pelik ni". tapi takpelah, aku pun buat tak tahu la. hehe.
Minggu depannya aku masuk pejabat aku ckp kat kawan aku ni suruh dia kirim salam dekat budak ni. Dia jawab, eh tu bukan dia. nama dia lain. hahaha. Shit, aku dah salah orang. jadi lepas aku tahu siapa dia yang sebenarnya, aku pun ingatlah nama dia. takde la susah sangat. hehehe
MISI MENCARI NOMBOR TELEFON
Nak cari nombor dia ni punyalah susah. aku cari dekat laman sosial, tiada nama dia. aku pun pelik samada dia tiada facebook atau dia dah "block" aku siap-siap. aku pun usaha la mencari. tapi tak jumpa. mungkin sebab aku tak tahu nama penuh dia kot sebab tu aku tak jumpa.
Pada suatu hari, dia datang pejabat aku sebab ada mesyuarat. ini dah kira macam "green light" bagi aku la untuk tahu detail dia lebih mendalam sebab dia kena isi buku senarai kedatangan mesyuarat. jadi lepas dia mesyuarat, aku carilah nama dia tapi tiada nombor telefon tetapi yang ada tanda tangan dia. pergh, tanda tangan dia tulisan jawi kot. kau mampu? hehe
lepas tu aku pun menukar strategi aku cari nama dia dalam facebook dalam tulisan jawi, pun tiada hasil. aku google nama dia mana la tahu ada blog ke kan. pun tiada hasil.
aku pun cuba-cuba risik dengan kawan dia. aku tanya dia orang mana, asal mana, tinggal mana, jadi aku pun tahu detail la sikit. hehe. pada masa yang sama aku setiap hari mencari nama dia di facebook.
jadi pada 18 Oktober 2015 aku balik dari merempit, aku sampai je kat rumah aku rehat sambil cari nama dia. alangkah terkejutnya aku aku terjumpa facebook dia. aku pun cergas la add. pukul 8 malam macam tu dia approve aku. aku terus pm dia.
korang tahu tak bertapa gembira bila dapat no telefon dia. rasa macam boleh terbang tau. kalau masa tu korang kerat tangan aku, pasti takde darah sebab darah semua dah berkumpul kat hati. malam tu aku makan sikit je sebab dah kenyang tak tahu pasal apa. hahahahaa.
pada 25 Oktober 2015 kiteorang keluar sama. gila kan baru kenal seminggu dah keluar sama. uish aku tak pernah macam ni. hahaha, kiteorang pergi makan dekat shah alam lepas tu lepak titiwangsa. lepas tu hujan lebat. haha. rasa nak nyanyi, tapi tak payah la hehehe
tetapi langit tidak selalunya cerah. dia cakap dia selesa jadi kawan aku sahaja dan kalau ada jodoh baru lah boleh ke step seterusnya. jadi bila dia dah cakap macam tu, aku akur dan redha sebab ini adalah ketentuan Allah. nak kata sedih tu tak juga tapi entah la. so, lets follow the flow. :)