Sunday, 12 July 2015

Berkat dan Hormat

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Aku nak berkongsi sikit la kan pasal pengalaman aku.. Ada sorang budak ofis aku ni, sebelum ni dia selalu datang awal... tapi semenjak kebelakangan ni, dia sering lambat... alasan dia hantar isteri katanya...

ada satu hari ni, cc tanya aku mana budak ni pergi. dah pukul 840 macam tu tak masuk ofis lagi.. aku pun tak tahu la kan. kang cakap pergi hantar isteri, sekali bukan.. so aku jawab "kejap lagi sampai la tu". pastu dalam pukul 845 macam tu, kelibat budak tu pun sampai... cc tanya kenapa lambat sedangkan peraturan majlis masuk pukul 8.. dia jawab balik dia pergi hantar isteri dia.. so cc ni pun itu bukan masalah dia, janji pukul 8 kena ada kat ofis. aku rasa la kan maksud cc tu kalau agak-agak pukul 8 tak boleh sampai kat ofis, kau tukar la masuk pukul 830 kan... apa ada hal.. ye tak?
pastu kawan aku ni jawab balik.. dia ada tanggungjawab nak pergi hantar isteri dia.. pastu dia cakap kalau cc nak potong gaji dia, potong lah sebab bagi dia rezeki Allah tu luas dan ada kat mana-mana..

ni aku nak ulas sikit la kan.. memang betul rezeki Allah tu ade kat mana-mana. tapi kalau kau baring je kat umah kau ingat wallet kau tu penuh sendiri ke? perut kau kenyang sendiri ke? aihh.. apa punya mentaliti laa orang macam ni... menyampah aku... kau ingat kau ada ijazah, kerja akan cari kau ke? hellooo.. ini tahun 2015 laa. bukan 1960... dah berlambak-lambak orang ada ijazah sekarang ni... kau tu patut bersyukur, ada kerja... kau tahu tak beribu lagi orang nak tempat kau ni...

ok sambung balik... cc tu cakap laa yang dia ni kalau dah cakap masuk pukul 8, so sepatutnya kena la ada kat ofis pukul 8 kan... dia cakap macam mana nak dapat berkat kalau masuk lambat pastu balik on time. kalau dulu boleh je stay sampai malam. tp bila dah nak berhenti ni, pukul 445 dah gelisah macam malaikat maut tengah buru nak cabut nyawa.. apa laa.. tapi kalau bercakap bab perempuan, nah, kau lah hero... kalau depan perempuan lagi lembut dari tetek... perangai serupa apa ntah..

pensyarah aku time diploma pun penah cakap. masa tu tengah hot berita pasal budak tiru exam tau.. dia cakap la jangan la meniru sebab nanti diploma yang korang akan dapat tu takde berkat. korang nak cari kerja guna diploma tu.. pastu nak sara hidup keluarga anak bini guna duit dari sumber tak berkat ke....

betu apa pensyarah aku cakap.. cuba cek balik kenapa anak-anak kita pemalas, tak nak dengar cakap, bodoh... sumber kita bagi makan kat anak bini kita tuu... cuba cek balik...

okay lah aku pun tak nak komen apa dah.. aku rasa kau perlu belajar sesuatu iaitu HORMAT... tak guna kalau kau ada diploma.. kau ada ijazah.. kau ada pengalaman tapi kau tak tahu tak hormat orang.. itu je la kot aku nak pesan....

Salam 25 Ramadhan...