Assalamualaikum kawan-kawan..
Kita akan menyambut bulan Ramadhan dalam beberapa hari sahaja lagi. Jadi, dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua. Aku tahu banyak salah dan dosa aku kepada orang lain. Aku juga manusia, yang ada nafsu dan sering melalukan khilaf.
Pertama sekali aku ingin memohon maaf kepada Ibu ku. Banyak salah aku dengan emak, tak dengar cakap dia, melawan cakap, buat muka, menipu dia, macam-macam lagilah kesalahan yang aku buat. Mohonlah ampun maaf kepada Ibu dan Bapa sementara mereka masih bernafas. Aku cuma tinggal Emak sahaja, jadi aku telah kehilangan sebahagian dari rahmat Tuhan iaitu doa seorang ayah, aku harap ayah aku tenanglah disana. AL-Fatihah~
Seterusnya aku ingin memohon ampun kepada kawan-kawan aku. Biasalah dalam pergaulan pasti ada salah dan silap, terlepas cakap, terkutuk, mencarut, tikam belakang, dan sebangainya. Tetapi semakin hari kita semakin matang dan kita akan faham bagaimana cara kawan kita bergurau. Mana yang boleh bergurau kasar tu, boleh lah. Yang mana tak boleh bergurau kasar tu, mungkin akan terasa hatilah pabila bercakap dengan aku. Tetapi, percayalah doa seorang kawan juga boleh membuat kawannya masuk syurga tau. Ha, so peringatan untuk diri aku dan korang semua ;)
Maaf yang seterusnya adalah untuk kau. Ya, aku tahu aku pernah buat salah suatu ketika dahulu. Tetapi aku dah terima hukumannya. Apa yang aku lalui selama beberapa tahun ini merupakan hukuman yang setimpal akan perbuatan aku. Mungkin apa yang aku terima masih tidak cukup bagi kau, jadi aku sanggup terima apa sahaja hukuman kalau itu dapat buat kau berpuas hati. Aku memohon ampun dan maaf dari aku dari dasar lubuk hati aku. Aku tak pasti samada kau masih ingat atau sudah lupa atau kau memang tak mahu ingat lagi akan peristiwa itu. Aku sayang kau, tapi terpulanglah kepada kau. :)
Akhir kata untuk mereka-mereka yang tiada dalam senarai di atas seperti saudara mara dan adik beradik. haha. Okay, maafkan aku. :)
Sekian,
Terima Kasih :)