Saturday, 10 January 2015

Bantuan Banjir

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2015,
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua, terutama sekali kepada warga Malaysia. hehe.

Baru-baru ini negara kita telah digemparkan dengan pelbagai musibah, antaranya banjir teruk yang melanda Negeri Pantai Timur negara kita. Kesian aku tengok berita macam mana kesusahan mereka terputus hubungan. Bila aku tengok keadaan macam tu, teringat aku akan kisah Nabi Nuh. Bagaimana baginda memberitahu pengikut baginda akan banjir besar yang bakal melanda bumi ini. Tetapi hanya segelintir yang percaya dan mengikut Nabi Nuh. Seterusnya Allah menurunkan hujan sehingga banjir besar dan lenyaplah tamadun manusia pada ketika itu. Siapa tahu mungkin pada zaman itu lagi maju dari zaman sekarang. Hanya Allah yang tahu. huhu. Aku ni bukan ustaz nak cakap tentang macam ni. Tapi aku rasa bertanggungjawab untuk menyampaikan apa yang aku tahu kepada korang. hehehe. maaf la yeee. :)

sambung balik pasal banjir kat Malaysia


Setelah terjadi begitu, maka timbul pelbagai pihak untuk memberikan bantuan dan juga pertolongan. Jadi ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan untuk mencari publisiti demi kepentingan diri. Aku tak tahu dari segi islam apa hukumya, tetapi pada pandangan aku perkara macam tu haram hukumnya sebab kita mengambil hak orang lain.

Tujuan kita mengutip sumbangan adalah untuk disalurkan kepada mereka yang layak, jangan kita guna apa hak mereka. hurmm..

terlebih sumbangan tu bukan alasan yang boleh digunakan, tu kira rezeki deorang lah tu. jangan disekat rezeki orang lain...

Assalamualaikum...

P/S: Selamat maju jaya kepada housemate yang sedang bermati-matian menyiapkan thesis. All the best korang :)