Tujuan aku menulis blog aku pada hari ini yang telah sekian lama tidak di update adalah kerana tragedi hitam yang telah melanda hidup aku.
Pada tanggal 1 Ogos 2014 (Jumaat), tuhan benar-benar menguji aku. Pada jam lebih kurang 5.30 petang, mak aku kejut aku dari tidur.
Mak: Roy, bangun roy. Wan eksiden. Dia naik motor kamu.
Aku: *gosok kepala. Kat mana mak?
Mak: Kat depan Restoran Firdous depan Jalan Kuching.
Aku pun bangun dan cari kunci motor adik aku. Aku pun menuju ke tempat kejadian. Apabila aku sampai di tempat kejadian, aku nampak keadaan motor aku. Luluhnya hati aku tak siapa yang tahu.
Rasa nak pitam campur marah dan geram kat adik aku. apa yang dia dah buat kat motor aku. aku pun pergi cari dia. ikutkan hati aku nak sahaja aku cekak baju dia penumbuk muka dia sekali. tetapi bila aku jumpa dia, aku dapati keadaan dia yang pucat, berdarah, menggigil. tiba-tiba aku menjadi kesian kepada dia.
melihat daripada keadaan motor, orang tidak akan percaya adik aku hanya mengalami luka kecil. Entah malaikat mana yang telah tolong dia. bantu dia. mungkin doa mak yang selalu mendoakan kesejahteraan anak supaya Allah melindungi anak-anak. agaknya inilah berkat doa seorang ibu. kadangkala kita tidak tahu bila doa itu akan membantu kita. walau macam mana pun kita fikirkan, itu semua adalah kehendah Allah.
biarlah aku kehilangan motor aku. motor boleh beli lain, nyawa adik aku mana aku nak cari? tak jual di kedai dan juga tidak boleh dipindah milik. percaya ini semua adalah ketentuan dari NYA. kita hanya mampu merancang, namun tuhan jugalah yang menentukan segalanya.
inilah lori yang telah melanggar motor aku. sekarang ni siapa yang kena uruskan hal kemalangan ini? tentulah aku.
bangkai motor aku diangkut kedalam lori tersebut dan dibawa ke balai polis kepong. aku mengikut belakang lori tersebut. dalam perjalanan aku ke balai polis, tiba-tiba air mata aku mengalir.
aku sedih. aku sedih sangat. aku marah, aku geram, tetapi aku tak mampu nak buat apa apa.
kalau nak ikutkan marah, bukan motor tu boleh kembali kepada asal. akhirnya aku menangis. terkenangkan motor itulah aku pergi mencari rezeki.
pagi tu aku turun untuk bawa kereta pergi servis. aku lalu dekat motor aku. aku ckp dah 3 hari aku tak start kau. rupanya aku memang tak kan start dia untuk selamanya.
walaupun cerita ni macam kelakar, lain orang lain pandangan. orang yang tiada motor ni mereka tak faham. memang harga motor jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga kereta. tetapi nilai sentimental tu yang tak mampu di beli.