Tuesday, 7 January 2014

Sakit di tangan nampak birunya, sakit di hati sendiri yang rasa.

Assalamualaikum.  Masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2014. 

Apa azam tahun baru? Azam aku adalah bekerja dan bekerja. :)

Baru-baru ni tangan aku berbalut. 


Kerana kebodohan sendiri. 
Akibat terlalu ikut hati. 
Akibat tidak berfikir dengan teliti. 
Kelak makan diri.
Bodoh benar diri ini. 
Belajar tinggi-tinggi tiada fungsi. 
Pabila syaitan menguasai. 
Iman letak di kaki. 
Masih boleh untuk kembali. 
Kerana Allah Maha mengasihani.