Hai korang. Apa khabar? Dah lama tak update blog. Haha. Macam FOFULAR pula. hehe. Aku dah lama tak mem"blog"kan diri adalah kerana aku terlalu sibuk untuk menyiapkan tugasan semester akhir Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (kepujian). Ha kau, siap dengan kepujian lagi. haha. Walhal rasa seperti tak belajar apa-apa pun sepanjang tempoh 5 tahun pengajian diploma dan ijazah ni.
Sebagai seorang pelajar semester akhir, jususan aku mengkhendaki untuk melengkapkan 3 subjek perancangan bandar, 1 subjek luar iaitu bahasa ketiga, 1 projek iaitu studio dan juga 1 thesis iaitu kajian yang kita jalankan berdasarkan nasihat penyelia.
Aku nak bagitahu ni bahawa aku tidak dapat menyiapkan thesis aku. Ini adalah salah diri aku juga yang tidak mempunyai perancangan masa yang teratur. Mungkin kerana aku terlalu sibuk atau terlalu malas? Aku rasa sebab aku malaslah jadi sebegini. Ini adalah harga yang patut aku bayar diatas sikap pemalas aku.
Pada mulanya aku memang dah redha dengan apa yang bakal terjadi, aku menilai diri aku balik, ya, memang ini lah yang selayaknya aku terima daripada hasil usaha aku. Terpaksalah aku mengulangi bab 4 dan bab 5 aku dan hantar kembali. Gred yang paling tinggi aku boleh capai adalah C. Jadi, kalau ada yang diluar sana, janganlah ikut jejak langkah aku. Buat thesis biar elok-elok dan jangan carca merba.
Apabila setelah aku diberitahu status Thesis aku TL (Tidak Lengkap), aku dah bersedia menghadapi keputusan ini. Aku hantar thesis aku, tapi kualiti memang tiadalah. Jadi, aku akan siapkan juga dalam tempoh cuti semester ini. Mungkin berkat bulan Ramadhan ini, ada kesenangan di sebalik kesulitan, siapa tahu?
Tahniah aku ucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya menamatkan Ijazah mereka. Aku mungkin akan menyusul ataupun terkindas, siapa tahu?
Pada semester hadapan aku tidak tahu adalah lagi pertolongan PTPTN, kalau tiada, terpaksalah aku menggunakan wang simpanan aku untuk membayar yuran. Kawan-kawan sebaya semasa aku sekolah pada ketika ini ada yang sudah boleh membantu keluarga, yang sudah bernikah, yang sudah bekerja dan bergaji besar, namun aku masih lagi menghabiskan duit ibu aku.
Itu sahaja coretan yang aku coretkan buat tatapan dan ambilah pengajaran yang ada, janganlah jadi seperti aku, Sudah terhantuk baru nak tergadah memang tiada gunanya. Assalamualaikum :)