Sunday, 21 July 2013

Semester Sembilan

Hai korang. Apa khabar? Dah lama tak update blog. Haha. Macam FOFULAR pula. hehe. Aku dah lama tak mem"blog"kan diri adalah kerana aku terlalu sibuk untuk menyiapkan tugasan semester akhir Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (kepujian). Ha kau, siap dengan kepujian lagi. haha. Walhal rasa seperti tak belajar apa-apa pun sepanjang tempoh 5 tahun pengajian diploma dan ijazah ni. 

Sebagai seorang pelajar semester akhir, jususan aku mengkhendaki untuk melengkapkan 3 subjek perancangan bandar, 1 subjek luar iaitu bahasa ketiga, 1 projek iaitu studio dan juga 1 thesis iaitu kajian yang kita jalankan berdasarkan nasihat penyelia. 

Aku nak bagitahu ni bahawa aku tidak dapat menyiapkan thesis aku. Ini adalah salah diri aku juga yang tidak mempunyai perancangan masa yang teratur. Mungkin kerana aku terlalu sibuk atau terlalu malas? Aku rasa sebab aku malaslah jadi sebegini. Ini adalah harga yang patut aku bayar diatas sikap pemalas aku.

Pada mulanya aku memang dah redha dengan apa yang bakal terjadi, aku menilai diri aku balik, ya, memang ini lah yang selayaknya aku terima daripada hasil usaha aku. Terpaksalah aku mengulangi bab 4 dan bab 5 aku dan hantar kembali. Gred yang paling tinggi aku boleh capai adalah C. Jadi, kalau ada yang diluar sana, janganlah ikut jejak langkah aku. Buat thesis biar elok-elok dan jangan carca merba.

Apabila setelah aku diberitahu status Thesis aku TL (Tidak Lengkap), aku dah bersedia menghadapi keputusan ini. Aku hantar thesis aku, tapi kualiti memang tiadalah. Jadi, aku akan siapkan juga dalam tempoh cuti semester ini. Mungkin berkat bulan Ramadhan ini, ada kesenangan di sebalik kesulitan, siapa tahu?

Tahniah aku ucapkan kepada rakan-rakan yang berjaya menamatkan Ijazah mereka. Aku mungkin akan menyusul ataupun terkindas, siapa tahu?

Pada semester hadapan aku tidak tahu adalah lagi pertolongan PTPTN, kalau tiada, terpaksalah aku menggunakan wang simpanan aku untuk membayar yuran. Kawan-kawan sebaya semasa aku sekolah pada ketika ini ada yang sudah boleh membantu keluarga, yang sudah bernikah, yang sudah bekerja dan bergaji besar, namun aku masih lagi menghabiskan duit ibu aku.

Itu sahaja coretan yang aku coretkan buat tatapan dan ambilah pengajaran yang ada, janganlah jadi seperti aku, Sudah terhantuk baru nak tergadah memang tiada gunanya. Assalamualaikum :)

Monday, 6 May 2013

Kapak dan kayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada siapa-siapa yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. hehe. Baiklah, korang mesti hairan kenapa aku letak gambar kapak dan kayu tu kan? Aku nak bagi tahu kat sini bahawa SEBILAH KAPAK TIDAK MAMPU UNTUK MEMBELAH KAYU TANPA DISOKONG OLEH KAYU JUGA.
Faham tak? Fikir sendiri ye. Assalamualaikum ;)

Saturday, 9 March 2013

Oppa Gangnam Style versi adik beradik

Selama  ni aku tidak minat dengan lagu Oppa Gangnam Style sehingga kawan aku share video ni dekat Facebook dia. Aku sarankan korang tengok :)


Comellah budak berbaju putih tu. :D

Wednesday, 30 January 2013

S S S S

SEKALI kau buat baik kepada aku, aku akan SERATUS kali lagi baik kepada kau.

SEKALI kau buat jahat kepada aku, aku akan SERIBU kali lagi jahat kepada kau.

Salam Ikhlas,
ZAIRIAZROL.

Thursday, 24 January 2013

Agama & Bahasa

Zaman 90-an:
Cikgu Bahasa Inggeris: Ali, please read this sentence.
Ali: *tergagap-gagap membaca*

Ustazah: Ali, baca Surah Al-Ikhlas.
Ali: *Membaca dengan lancar*

Zaman 2000-an
Cikgu Bahasa Inggeris: Khai, please read this sentence.
Khai: *Membaca dengan lancar*

Ustazah: Khai, baca Surah Al-Ikhlas.
Khai: *tergagap-gagap membaca*


Ini adalah berdasarkan pengamatan aku di dalam kehidupan. Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada, tanya IMAN!

:)

Wednesday, 23 January 2013

Nak jawab salah, tak jawab salah.

Cuba bayangkan apabila ada kawan yang gemuk tanya korang:

" Weh, kau tengok aku gemuk ke tak? "

Apa korang nak jawab?

A. Yalah, lagi mau tanya.
B. Eh, tak lah gemuk sangat, ok ler ni.
C. Eh, Si Polan tu lagi gemuk dari kau.
D. Err. Aku tak tahu.

:)

Thursday, 17 January 2013

Rumah Ini Rumah Kita

Buruk-buruk pun,
Rumah ini rumah kita.

Walaupun beratapkan Nipah,
Rumah ini rumah kita.

Walaupun berdindingkan buluh,
Rumah ini rumah kita.

Walaupun berlantaikan aur,
Rumah ini rumah kita.

Walaupun kadangkala terpaksa bergelap,
Rumah ini rumah kita.

Walaupun kadangkala dinaiki air,
Rumah ini rumah kita.

Walaupun tiang rumah dimakan anai-anai,
Rumah ini rumah kita.

Walaupun menggunakan pelita,
Rumah ini rumah kita.


Bersyukurlah bahawa kita mempunyai rumah untuk berlindung dari hujan dan panas.
Walaupun rumah kita tidak semegah atau secantik rumah orang lain, tetapi kita mempunyai rumah.
Sehina-hina mana pun, rumah ini tetap rumah kita. Tempat kita bergelak ketawa, tempat kita menangis teresak-esak, segalanya, rumah ini tetap rumah kita. Marilah kita bersama-sama bergembling tenaga untuk menghias dan mencantikkan rumah kita. Kalau kita sering puji rumah orang, tetapi rumah kita sendiri bocor, dimakan anai-anai, tidak berseri, tiada gunanya. Janganlah kita diumpamakan TIDUR SEBANTAL, MIMPI LAIN-LAIN.


Assalamualaikum w.b.t :)

Monday, 14 January 2013

Terima Kasih Pengalaman

Kau inginkan ketampanan?
Aku tiada itu.

Kau inginkan kekuatan?
Aku tiada itu.

Kau inginkan ayat-ayat romantik?
Aku tiada itu.

Kau inginkan wang?
Aku tiada itu.

Kau ingin kan kereta?
Aku tiada itu.

Kau inginkan harta?
Aku tiada itu.

Kau inginkan kepandaian?
Aku tiada itu.

Kau inginkan populariti?
Aku tiada itu.

Aku tiada apa-apa yang boleh dibanggakan.
Tiada apa yang aku boleh janjikan.
Jangan salahkan aku.
Pengalaman yang bertanggungjawab menjadikan aku sebegini.